Sabtu Disember 05.2015
( Najib bersikap diktator?)
OLEH: NURLIAYA ABUDLLAH
TUN Mahathir Mohammad mantan Perdana Menteri Malaysia menjelaskan
UMNO itu parti milik Dato Mohd Najib Tun
Abd Razak sendiri dan demikian juga
Malaysia ini bukan milik rakyat tetapi milik seorang perdana menteri bernama
Najib yang sesuka hati melalukan apa saja dia mahu.
Apakah kenyataan itu
benar dan rakyat Malaysia tentunya lebih tahu keadaan ini dan boleh
menjelaskannya sendiri.
Rata-rata mengatakan ISU 1MDB termasuk juga
RM2.6 tidak perlu dibahaskan dalam perhimpunan UMNO minggu depan dan itu kata
mereka kes kecil dan apakah wang negara berbilion itu kes kecil dan tak
penting?
Kemudian diceritakan Muhyddin juga selaku
timbalan presiden bakal tidak dibenarkan berucap dan kalau demikian ianya kalau
hadir bakal jadi TUNGGUL MATI tak boleh bercakap termasuk berucap.
Jika demikian makna UMNO sudah jelas bukan
parti bebas tetapi parti DIKTATOR dan kejam, lalu bagaimana UMNO boleh menjadi
pemimpin kalau demikian sikap mereka seperti UMNO itu milik Najib dan Kerajaan
Malaysia ini juga milik mereka?
Muhiyddin bercakap bagi pihak rakyat dan kalau
tidak dibenar berucap di perhimpunan UMNO, lalu apa makna perjuangan UMNO yang
melaungkan kebebesan bersuara dan kebebasan mempertahankan hak insan yang
diperjuangkan?
UMNO seharusnya menjadi contoh kepada parti2
lain dalam BN termasuk di luar BN dan jika demikian keadaannya jelas UMNO tidak
layak memimpin negara dan rakyat harus humban UMNO ke neraka sebab mirip cara
keinginan setan berkuasa.
Perhimpunan kali ini yang dijadualkan dalam
waktu terdekat merupakan peluang terakhir UMNO bawah Najib tunjukkan ketelusan
dalam konteks election atau PRU-14 ditahun 2018 dan jika gagal tak hairan
rakyat akan menolak UMNO ke gaung.
Perlu ditekankan di sini untuk menumbangkan
kerajaan Barisan Nasional (BN) pada
PRU14 nanti yang paling penting kaumkaum ini yang ada Negara ini terdiri dari kaum
Cina-India-Kadazan-Dusun-Murut-Dayak-Iban Penan-Malanau dan Bidaya harus
bersatu jangan beri undi kapada calun-calun BN yang bertanding kalau mahu
melihat Malaysia selamat.
No comments:
Post a Comment