LINDA TSEN....PENDUDUK KG BAMBANGAN AKAN DAPAT KEMUDAHAN BARU

Thursday December 03.2015

Gambar Kelihatan… Linda (empat dari kanan) bersama pegawai beliau dan pemimpin setempat di Kampung Bambangan

OLEH: AZMIE AZMAN

BATU SAPI:-  Penduduk Kampung Bambangan akan mendapat satu kemudahan baharu untuk mereka mengadakan program keramaian apabila projek pembinaan dewan serbaguna siap dalam tempoh terdekat.

Projek yang dibina menggunakan peruntukan Ahli Parlimen Batu Sapi Datuk Linda Tsen Thau Lin, dijangka akan siap sepenuhnya tidak lama lagi.

Linda bersama pegawai-pegawai beliau telah mengadakan lawatan ketika program turun padang untuk meninjau kerja-kerja pembinaan yang dilaksanakan oleh kontraktor yang kini dalam fasa terakhir.

Beliau berharap para penduduk kampung berkenaan dapat manfaat dari pembinaan dewan serbaguna ini. 

Menurut Linda, selain dari program keramaian seperti Hari Keluarga, para penduduk juga boleh mengadakan aktiviti sukan di kemudahan berkenaan.

"Amalan bersukan akan dapat membina disiplin , mengekalkan kesihatan fizikal serta mental dan membantu masyarakat khususnya golongan muda untuk menjauhi diri daripada gejala sosial yang negatif," Linda kata.

Hadir bersama dalam program lawatan turun padang Linda, ialah Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.

Kampung Bambangan terletak lebih kurang 20 KM dari Bandar Sandakan dengan jumlah penduduk lebih 300 orang yang menetap di hampir 100 buah rumah.




No comments:

Post a Comment