Wednesday December
02.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SEKONG:- Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekong Datuk Haji Samsudin
Yahya berkata kaum ibu khususnya surirumah harus bijak memainkan peranan
proakif dan inovatif bagi membantu menaikan taraf ekonomi keluarga.
Untuk menjana ekonomi kehidupan harian wanita khsusnya para surirumah
digalakan mengingkuti pelbagai kursus
seperti kursus kelas jahitan yang dianjurkan oleh mana-mana NGO atau
persatuan-persatuan untuk memahirkan diri dalam aspek jahit menjahit.
Katanya lagi bila mereka sudah mempunyai ilmu pengetahuan jahit menjahit
mereka boleh membuka kedai jahitan sama
ada didalam rumah untuk mengambil upah jahitan daripada pelanggan yang terdiri daripada jiran-jiran ini juga
satu sumber pendapatan yang boleh menjana
ekonomi keluarga.
Samsudian berkata demikian ketika berucap merasmikan Kelas Jahitan di Kampung
Bahagia baru-baru ini disamping menyampaikan lima buah mesin jahit kepada liama
orang wanita.
Beliau juga Ketua Bahagian UMNO Batu Sapi berkata kerajaan BN yang
memrintah negeri ini sentiasa menitikberatkan golongan wanita untuk maju kedepan selari dengan kaum lelaki dalam apa
jua bidang harus diceburi jika diberi peluang.
“Saya harap dengan pemberian lima buah mesib jahit itu ianya boleh memulakan menjalankan
peniaga dengan membuka warung-warung jahitan ataupun dirumah untuk menganbil
upah tempahan jahitan: katanya.
No comments:
Post a Comment