RAKYAT HIDUP MEWAH BERSYUKUR YANG MISKIN TERSUNKUR

Wednesday December 02.2015

SUDUT PANDANG
SHAIMON S JUMADI

RAKYAT yang hidup mewah dan telah menikmati pelbagai bantuan daripada Kerajaan Barisan Nasional (BN)  memang mereka sentiasa bersyukur bagaimana pula orang-orang yang tidak dapat apa-apa bantuan dari kerajaaan ada juga mereka itu turut bersyukur.

Rakyat di Sabah masih ramai yang menderita jangan cakap penduduk-penduduk di perkampungan kawasan pedalaman ternyata 80 peratus masih dibelenggu kemiskinan hidup seharian.

Rakyat yang tinggal di kawasan-kawasan bandarpun terdapat bilangan warga miskin tetapi barang kali Cuma 40 peratus saja kadar nisbah jumlah kemiskinan berbanding penduduk luar Bandar.

Sejak Sabah merdeka di bawah gagasan Tanah Persekutuan tahun 1963 sesiapapun tidak menafikan sejak dari kerajaan zaman USNO-BERJAYA-PBS dan sehingga kerajaan BN/UMNO banyak perdana pembangunan asas dibangunkan untuk kemudahan rakyat seperti Proggram Perumahan Rakyat (PPR) Projek Perumahan Rakyat Termikin (PPRT) dan Rumah Bantuan Rakyat (RBR) tetapi hanya kawasan-kawawan  yang diwakil oleh wakil-wakil Rakyat BN/UMNO saja yang mendapat kemudahan seumpama ini.


Akan tetapi bagi kawasan-kawasan yang diwakili oleh pembangkang  rakyatnya jangan kempunan kalau mereka akan mendapat apa-apa kemudahan dari kerajaan ini hidup mereka terus terpinggir daripada menikmati arus perdana pembangunan asas.

Ada juga kawasan-kawasan yang diwakili oleh BN masih mundur coba ada sekali sekali melawat kekawasan perkampungan di pedalaman seperti Pitas, Nabawan, Keningau, Tambunan Pangsiangan dan Merudu masih banyak dari suku kaum Murut-dusun dan kadasan hidup dalamn serba sebi kemiskinan tegar.

Jadi pada kesimpulan janganlah cakap rakyat Sabah tidak pandai bersyukur seperti yang diluakan oleh Datuk Abdul Rahman Dahlan rakyat rakyat yang  beruntung nasibnya tentu mereka bersyukur akan tetapi rakyat yang dirundung nasib malang macam mana mahu ucap bersyukur maki hamun adalah.




No comments:

Post a Comment