SESETENGAH IBUBAPA TAK MAMPU BELI PERALATAN SEKOLAH TERLALU MAHAL

Tuesday December 29. 2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

HANYA tinggal tiga sahaja kita melangkah ke tahun baru 2016  banyak perkara yang perlu susun atur yang pertama kalau mereka mempunyai anak-anak masih belajar di bangku sekolah inilah perkara yang menjadi keutamaan diatur terlebih dahulu sebelum lain-lain perkara dilakukan.

Sejak beberapa hari ini ramai di kalangan para ibubapa berduyun-duyun pergi ke gedung-gedung pusat membeli belah dengan tujuan untuk membeli peralatan persekolahan antaranya beli baju seragam, beg sekolah dan juga kasut serta setokin.

Bagi segelintir ibubapa yang  dapat bantuan  beg percuma melalui Back To School nampaknya kurang sedikit beban yang ditanggung  tetapi bagi mereka yang bergaji hanya RM500.00 hingga RM800.00 sebulan  yang tiada dapat bantuan daripada mana-mana pihak, baru ramai lagi anak yang belajar dari tahun satu hingga ketahun lima ini yang menimbulkan masalah besar.


Kalau merekapun dapat peruntukan hanya RM100.00 kalau dalam kelima-lima orang anak-anaknya yang masih belajar tadi itu turut menikmati RM100.00 dikira baik juga sekurang-kurang dapat membantu beban yang ditanggung oleh orang tua mereka.

Saya bersempetan meninjau ke beberapa lokasi  pusat membela-belah antaranya Genting Mas Mall dan Giant termasuk Survy Supermarket bila diperhatikan harga beg sekolah baju seragam dan kasut telah melambung tinggi hingga harga dinaikan 80 peratus contoh kalau beg sekolah sebelumnya harga Cuma RM20.00 kini telah mencecah RM44.90.

Dalam kontek ini beberapa pemimpin kerajaan Barisan Nasional (BN) mengatakan kalau makan berlauk ikan mahal bagus makan dengan kicap ini boleh dilakukan  jika keadaan  memaksa  tetapi kalau anak-anak pergi kesekolah tiada pakaian baju seragam nak pakai apa kalau tiada beg sekolah bawa buku nak guna apa kalau taka da kasut sekolah nak berkaki ayam.

Sekarang rakyat di Negara ini yang kaya bertambah kaya yang miskin bertambah papa kedana sekarang kos sara hidup terlalu tinggi luar daripada kemampuan.




No comments:

Post a Comment