Thursday December 10.2015
OLEH: THOMAS SINGGIUK
RANAU:- Gara-gara kawasan tanah di ceroboh untuk
pembalakan haram penduduk Kampung Lohan Ranau telah hilang sumber bekalan air
bersih untuk keperluan harian.
Menurut seorang penduduk kampung berkenaan yang dikenali Isiah Heaven berkata mengenai
pencerobohan dan pembalakan haram itu sudah lama di sedari oleh pihak kerajaan
kerana banyak orang membuat laporan tetapi tiada tindakan langsung yang diambil
terhadap penceroboh tanah itu sehingga kini telah timbul masalah sumber air.
Nampaknya Jabatan Hutan Sabah telah bersekongkol dengan
penceroboh tanah dan pembalakan haram itu sehingga masalah kampung kini semakin
hari semakin rumit.
Begitu juga Wakil Rakyat kawasan Ranau yang pernah
dimaklumkan tentang pencerobohan tanah itu tiada apa-apa tindakan cuma berkata
pandai-pandailah kamu menguruskannya ini
bukan hal ADUN.
No comments:
Post a Comment