OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Seramai 26 orang anak-anak yatim di Taman Rumah Amal Selawat Nabi Blok B 162
Lorong 9 Taman Sejati Ujana Batu 7 Jalan Airport dekat ini esok akan menerima
sumbangan wang raya dan barang-barang keperluan raya daripada seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Kemellia Hassan.
Katanya
tujuan memberikan sumbangan tersebut adalah sebahagian aktiviti kerja amal di
bulan Ramadan yang penuh berkat ini disamping untuk menggembirakan kepada
golongan itu dan juga untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung.
Sementara
Ahli Parlimen Sandakan Stephen Wong akan menghulur sedikit sumbangan kepada
anak-anak yatim yang tinggal di Rumam Amal Selawat Nabi Taman Ujana itu seramai
26 orang.
“Saya
memberikan sumbangan wang raya itu demi menggembirakan hati anak-anak yatim
yang telah kehilangan ibu dan bapa mereka untuk menyambut hari lebaran yang
semakin mehnjelma ini.”Ujar Wong
No comments:
Post a Comment