Tuesday December 15.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:-
Walaupun Ahli Parlimen DAP wakil parti
pembangkang namum pejabatnya tidak pandai sunyi ada saja rakyat yang
mengunjungi dan berjumpa dengan MP iaitu Stephen Wong.
Sebentar
tadi kira-kira jam 10.15 pagi beberapa penduduk di kawasan parlimen Sandakan
datang dan menemui MP tersebut untuk mengemukakan dan mengadu segala
permasalahan yang mereka hadapi.
Antaranya
masalah yang diajukan oleh penduduk-penduduk Kampung Sim-Sim Tengah/Sawmill
mengenai pengrobohan rumah papan oleh
kerajaan yang terlibat dengan projek pembinaan pangkalan MARITIM.
Mereka
merayu kepada MP Sandakan agar mencari jalan alternative untuk menyelesaikan
masalah pengrobohan rumah, walau bagaimanapun dalam perbincangan antara penduduk tersebut
dengan ahli Parlimen itu Stephen Wong berjanji akan mengemukakan masalah ini
kepada pihak Majlis Perbandaran Sandakan untuk menempatkan semula
penduduk-penduduk yang bakal jadi mangsa
keadaan.
Kata penduduk berkenaan perkara ini telahpun
diajukan kepada Wakil Rakyat Tanjung Papat namun hingga sekarang tiada reaksi dan tindakan yang diambil dan malahan seribu bahasa membisu.
“Seperti yang kami sarankan kepada YB Stephen
Wong kami bukan tidak mahu berpinda di
rumah PPR tapi bukannya di PPR kawasan Sungei Manila itu terlalu jauh terutama sekali
menyusahkan anak-anak kami berulang alik pergi kesekolah.
Kedua penghidupan kami adalah terdiri dari golongan
nelayan jika kami di beri peluang tinggal di PPR Sungei Manila di mana kami
menyimpan perahu dan pukat-pukat kami, kami setuju sekiranya MPS beri kami peluang tinggal di PPR Taman
Mesra yang dikhabarkan mempunyai kekosongan 70 unit.
Sebab kalau kami tinggal di Taman Mesra sudah
tentu memudahkan kami menyimpan perahu sebab berhampiran dengan sungai besar
yang menuju ke kuala Kampung Tinusa.” Penduduk itu lagi.
No comments:
Post a Comment