Sunday
December 13.2015
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
KOTA
KINABALU:- Kegiatan pelacuran di bandaraya Kota Kinabalu semakin hari semakin
bertambah bilangannya yang membabitkan warga Cina PATI dan warga tempatan.
Dalam
tinjauan wartawan media portal The Sabah Insider.net kebeberapa lokasi yang telah di kenali
pasti hotel-hotel dan rumah-rumah penginapan iaitu di Kampung Air dan Sinsuran.
Walaupun
kedudukan Pondok Polis,Rela dan Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) tidak jauh
dari jarak hotel-hotel tempat pelacuran bersarang di Kampung Air dan Sinsuran
tetapi tiada operasi atau tangkapan buat untuk membanteras kegiatan pelacuran
itu yang semakin meruncingkan.
Selain
Kampung Air dan Sinsuran jadi tumpuan sarang maksiat khususnya pelacuran
dikedua tempat ini juga sebagai kawasan paling berbahaya kepada orang-orang
tempatan dan juga para pencalong kerana kerap berlakunya kegiatan peras ugut
yang membabitkan rakyat asing.
Kebetulan
saya pergi ke Ibu Pejabat Portal The Sabah Insider.Net di yang terletak di Bangunan CPS
Centre Point Kota Kinabalu terserempak beberapa orang perempuan cina yang
dipanggil Cina Doll sedang duduk di perhentian Bas untuk mencari pelanggan.
Kemudian
dalam perjalanan saya menuju Kampung Air dan Sinsuran terserempak beberapa
orang palacur sambil duduk nongkrong di bawah hotel untuk mencari pelanggan.
Diharap
setelah tersiarnya berita ini diportal The Sabah Insider diharap pihak Dewan
Bandaraya Kota Kinabalu dapat mengadakan operasi besar-besaran untuk
membanteras kegiatan dan gejala pelacuran itu.
No comments:
Post a Comment