Friday
December 18.2015
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
RAMAI
kalangan sahabat-sahabat kita kala susah
dulu memang selalu merendah diri dan itu cukup baik sekali, lalu kala berkawan
kitapun tak rasa segan dan keakrapan itu cukup manis sekali sama kita rasakan.
Saya
ini memang banyak sangat kenal mereka yang berjawatan menteri dan kekadang
mereka telefon saya ajak makan malam tetapi selalu saja saya tolak sebab takut
nanti ada yang berprasangka bukan-bukan kesan berhaluan kiri dan kanan.
Lalu
saya tolak saja pelawaan itu dengan baik dan saya katakan yang kesihatan saya
tidak bersahabat dan pasti kalau kesihatan membaik akan saya hubungi kemudian.
Sebenarnya itulah bahasa terbaik untuk menolaknya.
Adalah
seorang mantan menteri yang dulu hanyalah kerjanya jawatan rendah sekali seperti
budak-budak suruhan dan tiba-tiba entah nasibnya baik dan bertanding menang
election/sekaligus dilantik jadi menteri. alhamdulillah.
Mulanya
duduki kerusi menteri, memang kelihatannya berjiwa rakyat dan mercedesnya yang
buat untuk seorang menteri katanya 10 orang masuk ke dalam ngak apa2 katanya.
Sesudah
sekian lama, maka kelihatannya tembirangnya bukan main dan saya mula beda sikit
perasaan tetapi saya seperti biasa-biasa saja dan kala dia melihat saya seolah
pandang-pandang tidak dan diberi salam hanya angguk tanpa kata.
Suatu
hari dia umum buku saya diharamkan dan dia minta orang lain pastikan dibakar.
Demi Allah, inilah hakikat saya hadapi ketika itu/setiausaha politiknya yang
tidak tahu apa-apa angguk saja dalam mesyuarat dan ketika saya ketemu
setiausaha politiknya itu dan setiausaha itu bercakap "ah, itu arahan gila
jangan peduli" kata mantan setiausaha politiknya dan saya diam dan kami
terus turun ke bawah sama minum petang.
Tiba-tiba
sesudah dia tidak lagi duduki kerusi menteri, saya dengar dia sakit dan
hidupnya susah banyak harta dijual dan saya terus menelefon dia bertanya kabar
dan lewat perbualan memang dia sakit dan saya katakan saya akan ketemu dia dan
bawa ke klinik pakar. Dia bersetuju.
Memang
saya ajak/papah dia ke klinik Dr Aziz di Wisma Muis dan ketika Dr Aziz
merawatnya kami bercakap-cakap dan ia mengatakan kepada dr Aziz yang dia cukup
kenal dengan saya dan tanpa dia tahu Dr. Aziz itu pupu saya sebenarnya.
Nah,
di situlah ia menyatakan kenapa ketika dia duduki kerusi menteri saya tak
akrapi dia dan sesudah tidak berjawatan barulah saya ambil perhatian dia dan
saya hanya senyum dan menjawab yang saya tidak mahu ganggu dia ketika itu yang
selalu sebuk disamping sayapun tidak punya urusan apa-apa untuk ketemu.
Datuk
itu menatap kedua bola mata saya dan saya lihat dia dengan rasa sedih rawan
hiba sebab dikatakan orang, rumahnya yang menjadi kemegahannya digadai/jual dan
anak-anaknya yang belajar di luar negeri terpaksa dia berhentikan suruh pulang
segera dan dengar lagi hutangnya banyak sangat harus dibayar setiap bulan.
Wajahnya
tidak seceria dulu. Betul-betul nampak susah dan saya memang kesihan sangat
melihat dia yang seolah-olah kehilangan
segalanya dan inilah bila anugerah itu kesan kasihan pemerintah agak beda
dengan anugerah yang Allah bagi meski miskin wajah ulama/ustaz tetap bercahaya
meski dibuang ke manapun.
Saya
lihat wajah saya sama saja macam dulu dengan berpakaian lusuh/murahan dan makan
nasi bungkus dan duduk di mana-mana saja
tetapi saya memang jarang duduk sembang di kedai kopi sejak dulu kecuali ada
hal mahu dibincangkan dengan kawan.
Ingatlah
yang sombong itu tak akan ke mana kala Allah tarik kekayaan dan pangkat kita,
kita akan jatuh ke bawah malah keadaan akan lebih teruk banding sebelumnya.
Usahalah
jangan sombong, takbur meski sekaya mana, setinggi manapun pangkat anda dan
suatu hari ada yang ketemu akan menghindar menjauhkan diri kesan sombong ketika
dulu duduki kerusi pengarah/SUT atau apa-apaan saja.
Jika
saya kelihatan sombong, sila tegur saya dan jangan biar saya terus berkelakuan
songsang yang menyebabkan dibenci orang tetapi selama inipun kesan kawan ramai
semuanya baik-baik dan ajak melepak selalu saya tolak kesan sebuk sangat.
No comments:
Post a Comment