MASJID NUR ASSYAKIRIN DAPAT TAPAK LETAK KERETA BARU.....LINDA TSEN


Friday December 04.2015

Gambar Menunjukan……Linda (tiga dari kiri) bersama Haji Salzo (kanan) meninjau tapak cadangan pembinaan tempat letak kenderaan di tepi Masjid Nur Assyakirin

 OLEH: AZMIE AZMAN

BATU SAPI:- :  Pemohonan pihak Masjid Nur Assyakirin  untuk meyediakan tapak letak kereta di tepi masjid berkenaan di Taman Indah Jaya mendapat perhatian dan akan dipertimbangkan oleh Ahli Parlimen Batu Sapi Datuik Linda Tsen Thau.

Perkara tersebut diajukan oleh pengerusi Jawatankuasa Masjid Nur Assyarkirin, Haji Salzo Haji Asa, kepada Linda semasa Ahli Parlimen Batu Sapi itu membuat lawatan ke kawasan beliau dalam program turun padangnya.

Menurut Haji Salzo, semakin ramai umat Islam dari taman perumahan dan kawasan berhampiran kini memunaikan solat mereka di masjid itu dan tapak letak kereta yang sedia ada tidak dapat menampung penambahan kenderaan semasa waktu solat.

Linda memberitahu bahawa beliau akan memberi perhatian kepada pemohonan pembinaan tapak kereta dari pihak Nur Assyakirin.

Sebelum ini, Linda telah meggunakan peruntukan Ahli Parlimen beliau untuk melaksanakan kerja-kerja menambah bumbung di masjid selepas menerima permintaan dari jawatankuasa masjid. Bumbung berkenaan sudah siap dibina.

Turut mengiringi Linda dalam lawatan ialah Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Batu Sapi Kong Nyuk Thou.




No comments:

Post a Comment