KEMENANGAN BN/UMNO ATAS UNDI KAUM KERABAT KIRAM KENAPA TERUS DIHINA DAN CACI


Thursday December 03.2015

OLEH: ISMAILY  BUNGSU

KES pencerobohan di  Lahad Datu sudah lama dan jika mahu disalahkan siasatlah yang ketemu Kiram sebelum kes Lahad Datu. Begitulah lojikanya.

Saya tak kata Nurul Izzah Anwar  terlibat atau tak terlibat tapi secara lojikanya kita bisa fikir secara matang.

Kedua betulkah Sabahan marah dan siapa saja Sabahan itu atau hanya puak-puak tertentu yang rasa marah Nurul/hakikat tak marah cuma diambil kesempatan untuk niat lain yang kita sendiri tahu.

Nah, kesan kes itu rakyat Sabah boleh berfikir secara lojik dan terbuka bebas tanpa memikir kepentingan politik.
 
Jika demikian jelas keluarga Kiram dibenci sangat dan jangan lupa famili kiram dan suku suluk ramai di Sabah dan mereka itu Sabahan dan pengundi yg dulu menyebabkan BN/UMNO  berkuasa.

Menghina Kiram secara keterlaluan makna menghina familinya yang sudah lama tinggal di Sabah sebelum inggeris ada di Sabah dan ada kaitan dengan sultan Brunei hakikat nyata.

Apakah mereka diam saja membiarkan suku mereka dihina?

Saya diberitahu ramai famili mereka tidak senang hati dan apakah yang dulu sokong BN akan terus sokong BN atau bakal berpaling tadah?

Kita lihat nanti di PRU-14 siapa saja yang mereka sokong dan tak hairan ada kejutan yang tak disangka kesan kasus yang ini dibesar-besarkan oleh BN/UMNO  ini.

Menarik rambut di tepung kena hati-hati  dan parti pembangkang kena faham dan dalam politik harus bijak tangani masalah ini dan jangan sampai terperangkap STRATEGI permainan politik yang penuh bobrok.

KOMEN EDITOR

Yang marah dengan Nurul Izzah ialah penyokong UMNO sementara penyokong BN lainnya seperti PBS-UPKO-PBRS-LDP-MIC-MCA dan Gerakan merekapun tidak menyibuk membuat laporan Polis tidak seperti ahli-ahli UMNO.

Bukan apa ahli-ahli UMNO takut-takut nanti mereka pada PRU14 nanti kurang mendapat sokongan mejoriti dari rakyat.

PBS-UPKO-PBRS-MCA-MIC-LDP-dan Gerakan kalau mereka kejemuan melihat gelagat UMNO yang suka menghina kaum Cina dan India lama-kelamahan mereka pastinya keluar meninggalkan BN/UMNO dan menyertai PKR-DAP dan AMANAH.

Ahli-ahli UMNO sikit-sikit buat laporan Polis PERKASA bakar bible bakar gereja tiada masyarakat bukan Islam buat laporan polis.






No comments:

Post a Comment