Saturday December 19.2016
OLEH: ISMAILY BUNGSU
SEORANG
teman diherdik dan dihina depan orang/depan staff lain. Yang hina keduanya
macam pondan. Satu hitam dan satu putih. Saya kenal keduanya itu. Pangkat baru
saja naik dan tidaklah tinggi sangat.
Konon
keduanya manusia itu kena marah oleh atasan dalam satu mesyuarat tetapi dia tak
dapat jawab sebab dia tidak meneliti dokumen asal sebenarnya.
Terus
dia dan ketua di bahagian marah membabi buta kepada teman saya. Yang dimarah
relax sebab sudah saya nasihati sebelum ini bila buat kerja kena ada HITAM
PUTIH dan dia faham sangat dan sebelumnya saya ajar dia bagaimana cara tadbir
dan siasat sesuatu kes.
Kedua
pegawai yang pondan itu marah di depan BOSS BESAR dan marahnya memang jelas
menyalahkan seseorang itu. Keduanya berganti-gantian marah herdik dan menghina tetapi yang dihina
tetap sabar. Inilah cara ampu tetapi bodoh berlagak pintar.
Sesudah
itu yang dimarah TUNJUK BUKTI email dari luar negeri dan ia lakukan ikut arahan
bahagian sale/pemasaran dan surat itu ia tunjuk sebagai bukti dan sesudah
keduanya melihat surat itu baru dia diam dan TERKOYAK rabak terus macam ULUN
TAKUYUNG berak kapur.
padan
muka keduanya.
"
Dia tak salah dan jangan hentam " kata ketua BOSS BESAR dan bukankah
dirinya keduanya malu/Bukan satu tetapi keduanya malu besar dan terus terdiam
tak bercakap jelas kuliti kerja buruk dan kena belajar banyak jaga
manusia/staff.
Yang
diherdik bukan binatang/atau anjing dan anjing juga akan marah kalau disakiti,
inikan pula manusia.
Belajarlah
beradat sedikit bila bercakap dan siasat dulu salahnya dari siapa dan jangan
main herdik hentam melulu seperti orang gila babi.
Kalau
sayalah yang terkena begitu, siap saya terjah kerana ia bercakap tidak
menggunakan otak waras tetapi usaha mengampu di depan BOSS BESAR dan BOSS BESAR
sendiri akui yang staff berkenaan tidak salah dan itu kesan salah dari luar
Negeri atau ada surat menyusul yang bahagian SALE tapok-tapok/sembunyikan atau
terlepas pandang.
Jika
kamu baca nota ini rasanya lebih baik agar kamu sedar diri dan tambah beradat
jangan menghina orang seperti anjing atau binatang jalang kesan terasakan kamu
berkuasa konon sesuka hati marah staff bawahan.
Sama-sama
juga kamu makan gaji dan sama-samalah siasat salah siapa dan berdasarkan
dokumen memang salah luar negeri kecuali jika ada surat susulan yang tidak
disebarkan.
Jika
mahu mengampupun untuk naik pangkat, usaha jangan orang lain jadi mangsa dan
itu namanya TIDAK BERADAT dan kena belajar sistem budaya kerja untuk kebaikan
sistem/cara urus kerja yang diamanahkan.
No comments:
Post a Comment