Thursday December 03.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI


Sayang sekali nama saja Sandakan
Bandar Semula Jadi akan tetapi nama tak serupa bikin indah khabar dari
rupa sebabnya keadaan di beberapa
kawasan yang menjadi tumpuan orang ramai kelihatan kotor menjijikan sakit mata
memandang.
Seperti yang terdapat di lorong bangunan Blok
E Bandar Leila di mana saliran najis tersumbat dan melimpah ruah keluar dan berbauh busuk
menyelubungi sehingga masuk ke dalam kedai.
Setiausaha DAP Sandakan Bryan Chang Shak Hung yang membuat tinjauan ke
lokasi berkenaan telah menerima aduan daripada beberapa orang pemilik primes kedai dan mereka
mendakwa tentang masalah yang mereka
hadapi sambil tentang masalah pembentungan najis tersumbat sudah lama
dilaporkan kepada pihak MPS berkali-kali akan tetapi sehingga kehari ini tiada
reaksi dan tindakan diambil untuk disenggelarakan.
Orang ramai terasa tertipu kerana mereka saban tahun membayar cukai
pintu tetapi khidmat yang diberikan tidak memuaskan suka membiarkan apa yang berlaku persekitaran.
No comments:
Post a Comment