80 PERATUS PEMIMPIN UMNO-BN KORUP DAN MAKAN HASIL HARAM

Thursday December  31. 2015

OLEH: NURLIAYA ABDULLAH

SAYA selalu membaca nota yang mengelar diri mereka alim ulama dan mengatakan haram hukumnya menjatuhkan kerajaan.

Kerajaan yang semacam mana haram dijatuhkan? dan itu tidak dijelaskan secara tepat.

Memang haram menjatuhkan kerajaan yang baik dan kerjaan yang peduli rakyat jelata tetapi halal hukumnya jika berusaha menjatukan kerajaan yang mungkar dan khianat sama rakyat.

Apakah kerajaan yang sekarang memang bagus dan tidak khianat terhadap rakyat? Kita sendiri boleh memberikan jawabannya.

Apakah di mana-mana judi, tipu, korup, pelacuran dan segala macam itu sesuatu yang bagus ikut perintah Allah?

Lihat saja di Kota kinabalu berapa banyak premis judi yang dikatakan halal dan haram. Lihat saja di genting highland ada pusat judi yang dipelopori oleh orang Melayu beragama islam sendiri dan rata-rata  dari orang kuat UMNO sendiri.

Kemudian kala bercakap soal korupsi, kita lihat saja mana menteri2 atau ketua-ketua menteri yang hidupnya sederhana dengan gaji sekitar 20k sebulan?

Lihat saja Ketua-Ketua  Bahagian rumah mereka macam istana dan ada menteri besar baru dua tahun duduki kerusi menteri besar sudah punya istana di sekitar 27 juta.

Kita lihat saja awalnya bercakap duit sumbangan ke parti harus masuk ke akaun parti dan tidak ke akaun peribadi dan tidak lama kemudian dimasukkan pula 2.6 juta ke akaun peribadi dan kemudian dikatakan itu tidak salah?

berapa bilion wang rakyat Malaysia lesap kesan pengurusan yang tidak betul kesan projek dikasih secara anugerah tanpa tender dan yang dapat anak bini, kroni keluarga terdekat yang mahalnya berlipat ganda.

Inikah rupa bentuk pemimpin yang harus kita sokong atau kita jatuhkan dan adakah Allah memerintahkan kita untuk menyokong kerajaan yang jelas dan terang korup. menipu dan membohong?

Memang menjatuhkan kerajaan yang baik hukumnya haram tetapi kita boleh saja menilai sendiri apakah kerajaan yang ada sekarang ini benar-benar  telus dan ikhlas?

Kenapa Sabah yang kaya dengan sumber asli termasuk Sarawak menjadi negeri TERMISKIN sekali rakyatnya di Malaysia dan Sabah duduki nombor wahid dan Sarawak no empat di Malaysia? sudah terang bersuluh pula.

Tidakkah kita malu menerima anugerah itu dan kemudian ditambah dengan anugerah pendidikan asas paling tersorot di Malaysia disamping Sabah merupakan negeri paling ramai memohon miskin tegar katanya orang kebajikan Sabah padahal negeri terkaya sumber asli. ke mana saja hasil-hasil  Sabah dan Sarawak itu?

kenapa jadi demikian? apakah ini salah rakyat atau memang salah kerajaan yang tidak bijak memimpin negara bangsa kita?

Memang kalau berhujah dengan orang pemerintah akan terus mempertahankan kemunafikan ini sebab mereka khuatir kalau kerajaan sekarang tumbang mereka akan hadapi susah dan tidak boleh tidak untuk demi kesenangan mereka terus menyokong Najib seolah Tuhan yang memberikan rezeki buat mereka sebab beras yang ada kata mereka kesan pemerintahan umno meski di Brunei dan Indonesia  dan negara lain tiada UMNO tetapi terus punya beras.

Terserah kepada pandangan rakyat sama ada kerajaan yang ada sekarang ini harus dipertahankan atau diruntuhkan sebab hanya rakyat sahaja yang berkuaasa melalukan apa saja yang dimahukan.

Marilah kita berhujah secara ikhlas tanpa memikir diri itu penyokong kerajaan atau sebaliknya tetapi usahalah berfikir dan bertindak demi negara bangsa anak cucu cicit kita mendatang.

Salam hormat dan kasih sesama


No comments:

Post a Comment