Thursday December 10.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
SANDAKAN:- Para Pendatang Asing Tanpa
Izin (PATI) yang datang menumpang teduh di Negara ini khusus di Sabah bukan
menyenangkan bahkan menimbulkan pelbagai masalah kepada kerajaan dan juga alam
persekitaran.
Sebagai contoh yang terdekat
kemudahan asas seperti Hospital kerajaan tidak semestinya dimonopolikan oleh rakyat Malaysia atau rakyat tempatan dari
kos pembayaran perubatan malahan membabitkan orang asing juga turut terlibat,
Berhubung dengan masalah pendatang
asing tanpa izin (PATI) hutang bil rawatan hospital semakin serius di Sabah dan
semakin meningkat jumlahnya yang ditanggung kerajaan.
Mengenai masalah tersebut Ahli
Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong menggesa kerajaan mencari cara jalan untuk menyelesaikan kerana ini tidak
adil kepada rakyat tempatan.
Wong bertanya dalam sesi soal jawab
di Parlimen, berapakah tunggakan bil rawatan
pendatang asing tanpa izin atau warga asing di Sabah? Timbalan Menteri
Kesihatan Datuk Seri Hilmi membalas, pada tahun 2013 warga asing di Sabah telah
hutang bil rawatan hospital kerajaan sebanyak RM4.3juta; tahun 2014 hutang
sebanyak RM5.8juta; manakala setakat bulan Oktober 2015, PATI atau warga asing
hutang sebanyak RM5juta bil rawatan hospital negara kita.
Wong berkata, masalah ini amat
serius, kerana setiap tahun kerajaan dihendaki menyediakan banyak sumber dan peruntukan perubatan untuk
warga asing atau PATI, mengikut anggaran, dalam masa 10 tahun kerajaan akan mengalami
kerugian melebihi RM50juta, ini adalah tidak adil kepada rakyat kita, kerajaan
harus memandang serius terhadap masalah ini dan mencari cara penyelesaian.
Walaubagaimanapun, Wong bersetuju
bahawa setiap insan mempunyai hak asasi yang sama rata dalam mendapatkan
rawatan perubatan, tetapi ini tidak bermakna warga asing atau PATI dapat
menikmati kesemua ini secara percuma, menggunakan sumber perubatan kita tanpa
membayar.
Berhubung dengan isu ini, timbalan
menteri berkata, setakat ini kerajaan tidak mempunyai sebarang cara
penyelesaian, dan akan terus memberikan perkhidmatan perubatan kepada golongan
warga asing, diharapkan golongan ini dapat membayar tunggakan bil rawatan.
Tambah timbalan menteri, Hospital
Lahad Datu mengalami paling banyak masalah hutang bil rawatan, ikuti Hospital
Pakar Likas dan Hospital Tawau. Mulai tahun depan, caj rawatan hospital bagi
warga asing akan dinaikkan, contohnya caj wad kelas pertama akan dinaikkan dari
RM208 kepada RM2100.
Walaubagaimanapun, timbalan menteri
berkata ini mungkin tidak dapat menyelesaikan masalah hutang bil rawatan, malah
akan mengakibatkan kerajaan terpaksa menanggung lebih banyak hutang rawatan
warga asing.
Wong yang juga Pengerusi DAP Sabah
berkata, Menteri
Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah
Datuk Jainab pernah mencadangkan kerajaan negeri memberikan permit khas kepada
lebih kurang 200 ribu orang kanak-kanak tanpa kewarganegaraan di negeri Sabah,
supaya mereka mendapat hak pendidikan dan perubatan, dan kanak-kanak ini amat
memerlukan rawatan perubatan tetapi tidak mampu membiayai kos rawatan, ini akan
membebankan kerajaan kita, bagaimanakah Kementerian Kesihatan mengatasi masalah
ini?
Wong berharap kerajaan dapat mengkaji cara penyelesaian supaya kanak-kanak
tanpa kewarganegaraan ini mendapat jagaan yang sewajarnya tanpa membebankan
negara kita.
Wong memahami bahawa
masalah ini susah diatasi, tetapi disebabkan kerajaan menggunakan wang pembayar
cukai untuk membiayai hutang perubatan warga asing, maka kerajaan harus pandang
serius terhadap masalah ini, pastikan dasar kerajaan adil kepada rakyat
tempatan.
Selain bil rawatan
jadi beban di sebabkan ramai PATI yang turut mendapat rawatan malahan lain-lain
punca juga jadi penyebab kerajaan mengalami kerugian besar berjuta-juta ringgi
misalnya kecurian karan menyambung secara haram, menyambungan air paip secara
curi, tapak penjaja ini semuanya percuma
yang dikenakan terhadap PATI.
No comments:
Post a Comment