Saturday December
19.2015
SUDUT PANDANGAN
EDITOR
SHAIMON S JUMADI
(sabahinsider14.blogspot.com)
RAKYAT Sabah telah dikelirukan oleh orang Ahli Parlimen Kota Merudu Datuk Dr Maximus
Ongkili yang juga Menteri Tegana
Teknoloji Hijau dan Air dan Datuk Salleh Said Keruak Ahli Parlimen Kota Belud
yang juga Menteri Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung
20 Perkara.
Dalam dua kenyataan yang tersiar diakhbar yang sama Harian Express
mengenai 20 Perkara yang jadi isu hangat diperkatakan yang diutarakan oleh Maximus yang bertajuk “20
Perkara Sah Sampai Bila-Bila” Ongkili
sementara kenyataan Salleh Keruak
bertajuk “20 Perkara Tidak Sah”Salleh.
Dalam mereka mempersoalkan 20 Perkara yang menjadi rumit dan
mengelirukan rakyat Sabah di sini saya sebagai Wartawan portal The Sabah
Insider.Net ingin merungkai dan
menguraikan serba sedikit akan sebahagian kandungan 20 Perkara seperti yang
telah termaktub dalam bab perlembagaan
Persekutuan mengenai hal demikian sila ikuti dan baca perlahan-lahan dengan cara ini saja dapat
membetulkan keadaan dalam menilai 20
Perkara masih sah atau sebaliknya.
TUNTUTAN 20 PERKARA
Tuntutan 20 Perkara Sabah Dan Kepentingan Kepada Sabah Dan
Sarawak Tuntutan 20 Perkara Sabah merupakan memorandum MSCC yang diusulkan oleh
USNO, UNKO United Parti, Demokratik Parti dan United Pasok Momogun Organisation
dan isinya adalah soal perlindunagan dan syarat-syarat
Borneo Utara dan Sarawak menyertai Malaysia terutama dalam hal-hal kebebsan
agama, bahasa-bahas lain (selain Melayu), migrasi dan kepentingan-kepentingan
Bumiputeranya. Perkara satu - Agama Di dalam tuntutan 20 perkara disebut:
" walau pun tidak ada banthan terhadap agama Islam menjadi agama rasmi
Malaysia, tetapi tidak ada agama rasmi di Sabah dan Sarawk. Oleh itu, hendaklah
diadakan jaminan untuk kebebsan agama."
Setiap orang berhak menganuti dan
mengamalkan agamanya dan tiap-tiap kumpulan agama adalah berhak menguruskan
hal-hal agamanya sendiri, menubuh dan menyelenggara yayasan bagi maksud-maksud
agama dan memperolehi serta memegang dan mentadbir mengikut undang-undang.
Semua kebebasan di atas juga tidak
membenarkan apa-apa prbuatan yang berlarutan dengan undang-undang atau mengenai
ketaatan awam, kesihatan awam atau akhlak.
Bagi menjamin kebebasan agama ini
terdapat undang Persekutuan yang memberi bantuan kewangan kepada Institusi
Islam atau pekerjaan Islam, maka peruntukan yang seimbang juga diberikan kepada
tujuan-tujuan kebajikan masyarajat di wilayah-wilayah Borneo iaitu Sabah dan
Sarawak.
Perkara dua- Bahasa ( Perkara 152
dalam perlembagaan) " bahasa Melayu hendaklah menjadi bahasa Kebangsaan
Persekutuan. Bahas Inggeris akan terus digunakan untuk tempoh sepuluh tahun
selepas hari Malaysia. Bahasa Inggeris hendaklah menjadi bahsa rasmi Borneo
Utara untuk semua tujuan baik pada peringkat negeri mahupun Persekutuan had
tempohnya. ( 20 perkara-16) berdasarkan perkara ini, Bahasa Melayu hendaknya
menjadi kebangsaan Persekutuan dan Bahas Inggeris terus digunkan untuk temph
sepuluh tahun selepas hari Malaysia di Saah dan Sarawak. Sementara itu juga
Bahasa Inggeris menjadi bahasa rasmi bagi Sabah dan Sarawak untuk semua tujuan
baik di peringkat negeri mahu pun peringkat persekutuan. syarat ini, telah
diterima oleh semua IGC dan telah pun mendapat tempat dalam perlembagaan dalam
perkara 152.
Syarat ini, dikemukakan kerana bahasa boleh
digunakan sebagai alat menyatupadukan rakyat pelbgai kaum dan pelbagai sukuan
terutama di Sarawak dan Sabah.
Perkata tiga- Imigrasi "
kawalan kemasukan orang ke mana-mana kawsan di Malaysia dari luar adalah
terletak di bawah kuasa kerajaan Pusa tetapi kemasukan ke Borneo Utara perlu
mendapat kelulusan kerajaan Negeri.
Kerajaan Persekutuan tidak boleh
mengahklang kemasukan orang ke Borneo Utara untuk tujuan keraja Negeri kecuali
atas sebab keselematan. Borneo Utara hendaklah mempunyai kuasa yang tidak
terbatas bagi mengawal pergerakan orang-orang dari kawasan kawasan lain di
Malaysia ke dalam Borneo Utara , selain daripada yang bekerja dengan kerajaan
Persekutuan di Borneo Utara. (Hlm 30) imigrasi hendaklah tetap dalam senarai
Persekutuan tetapi undang-undang hendaklah digubal oleh Parlimen untuk
menentukannya, kecuali perkara-perkara tertentu, seperti permintaan masuk ke
negeri-negeri Borneo ini mestilah diluluskan oleh negeri-negeri berkenaan.
Udang-undang ini tidak boleh
dipindah atau dihapuskan melainkan dengan persetujuan negeri -negeri tersebut.
Borneo Utara juga hendaklah mempunayi kuasa yang tidak terbatas bagi mengawal
pergerakan orang-orang dari kawasan-kawasan lain di Malaysia ke dalam Borneo
Utara, selain daripada yang bekerja dengan Persekutuan di Borneo Utara.
Perkara ini dikemukakan demi menjaga
kepentingan penduduk Sabah dan Sarawak supaya peluang-peluang yang terdapat di
kedua negeri ini tidak diperolehi oleh orang luar.
Ini memberi keuntungan kepada Sabah dan
Sarawak kerana peraturan ini akan menyekat kemasukan orang-orang luar dn
sesiapa yang mahu memasuki negeri-negeri ini perlu mendapat kebenaran kecuali
yang bekerja dengan kerajaan Persekutuan.
Perkara empat - Pelajaran " sistem
pendidikanyang ada di Borneo Utara sejkarang hendaklah dikekalkan dan diletakkan
di bawah kuasa kerajaan Negeri." Pelajaran sebenarnya hendaklah djadikan
perkara Persekutuan, tetapi polisi dan sistem pentadbiran pelajaran di Sabah
dan Sarwak berdasarkanperkara ini dikekalkan sepertimana kemahuan kerajaan
negeri-negeri terebut sehinggalah kerajaan ini bersetuju mengubahnya.
Dalam hal ini memberi peluang kepada
kerajaan negeri menkaji perkara tersebut sebelum mengubahnya tau meminda sistem
pendidikan di Sabah dan Sarawak untuk kepentngan rakyatnya sendiri. Perkara
lima - Perkhidmatan Awam " Pengambilan perkhidmatan Awam oleh rakyat
Borneo hendaklah dilaksanakan dengan secepat mungkin"(hlm 41) tuntutan 20
perkara menekankan supaya pengambilan pegawai-pegawai baru di Borneo Utara
hendaklah diberi keutamaan kepada penduduk di wilayah itu.
Ini adalah bertujuan membuka peluang
kepada Bumiputera dan mengelakkan bukan Bumiputera terutama kaum Cina daripada
menguasai perkhidmatan ini kerana kaum ini lebih maju dalam pemdidikan
berbanding penduduk tempatan . dalam perkara ini dinyatakan juga pelbagi hal
yang menyentuh bidang perkhidmatan awam persekutuan, perkhidmatan awam
persekutuan dengan negeri-negeri, pinjaman-pinjaman pegawai-pegawai, sekatan
mengenai pembuangan kerja, penurunan pangkat kakitangan awam dan
suruhanjaya-suruhanjaya dalam perkhidmatan awam.
Selain itu suruhanjaya perkhidmatan
awam berasingan hendaklah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Bagi menjaga
kepentingan perkhidmatan awam di negeri-negeri Borneo, pegawai-pegawai yang ada
termasuk pegawai-pegawai dagang dinaikkan pangkat untuk ditukarkan ke
perkhidmatanPersekutuan, tetapi tidak boleh ditukarkan keluar dari
wilayah-wilayah Borneo tanpa persetujuan mereka.
Perkara enam– Kerakyatan
"saranan-saranan dalam perenggan 148 (k) Laporan Suruhanjaya Cobbold
hendaklah merangkumi hak-hak kewarganegaraan rakyat Borneo Utara dalam
Persekutuan tertakluk kepada pindaan-pindaan berikut: a) perenggan kecil (I)
tidak harus mengandungi peruntukan menetapkan selama lima tahun. b)
Demi
menyelaraskan kepada undang-undang kita, perenggan kecil (ii) (a) hendaklah
berbunyi "tujuh daripada sepuluh tahun" dan bukannya "lapan
daripada dua belas tahun" c) Perenggan kecil (iii) seharusnya tidak
mengandungi sekatan berhubung dengan kewarganegaraan ibu-bapa- seseorang yang
lahir di Borneo Utara seleas Malaysia metilah menjadi warganegara Persekutuan.
Halaman 52 Berdasarkan syarat kerakyatan yang dikemukan ini, tidaklah
sewenang-wenangnya untuk menjadi warganegara Sabah dan Sarawak. Syarat ini juga
dapat menghad sesiapa yang layak sahaja untuk menjadi warganegara kedua-dua
negeri ini. Perkara tujuh- Dewan Undangan Persekutuan " ini hendaklah
mengambil kira bukan sahaja jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga saiz dan
pretasinya dan dalam apa keadaan tidak harus kurang daripada Singapura."
Dalam perkara pemilihan dewan
Undangan Persekutuan pertimbngan bukan sahaja diberikan ke atas bilangan
penduduk, tetapi juga kepada potensi dan prestasi negeri tersebut. Perlantikan
juga tidak boleh kurang aripada Singapura, oleh itu tiap-tiap masjlis Undangan
di Borneo hendaklah memilih 2 orang ahli Dewan Undangan Negara.
Sebagai tambahan, bilangan Dewan
Undangan yang dilantik hendaklah ditambah 6 orang lagi kerana kemasukan Sarawak
dan Sabah. Ahli-ahli baru yang dipilih dari Sabah ialah 16 orang dan Sarawak
seramai 24 orang. (kerusi percantuman di antara Persekutuan dengan Singapura
telah diperuntukan 15 kerusi untuk Sinagapuara) Perkara lapan- Perlembagaan
Negeri-negeri. "ketua -ketua Menteri hendaklah dipilih oleh anggota Majlis
Perundangan tidak rasmi.
Sistem Menteri yang sempurna hendaklah
diwujudkan di Borneo Utara," Berdasarkan perkara ini Ketua-ketua negeri
Borneo yang pertama hendaklah dilantik oleh baginda Queen dan Paduka Baginda
Dipertuan Agung sebelum hari Malaysia untuk bertugas selam dua tahun. Sistem
Menteri yang sempurna juga hendaklah dilaksanakan di Borneo Utara.
Di Sarawak, ketua negeri telah
dikenali sebagai Gabenor dab di Sabah sebagai Yang Dipertuan Negeri. Sementara
masalah mengenai Perlembagaan Negeri dan Perlembagann Persekutuan akan
ditentukan oleh Mahkamah. Perubahan-perubahan alin yang tertentu berkenan
Perlembagaan Negeri Sabah sebagai Majlis tertinggi (Supereme Council) dan
Majlis Undangan sebagai Council Negeri.
Perkara sembilan– Kuasa Membuat
Undang Pembahagian kuasa persekutuan dan Negeri seperti tercatat dalam Jadual
9, perlembaggaan Malaysia: Senari 1: di bawah Kuasa Persekutuan Senarai 2: Di
bawah Kuasa negeri. Senarai 2A: Tambhan kepada senarai negeri bagi
negeri-negeri di Borneo Senarai 3: Di bawah kuasa bersama dan Senarai 3A:
Tambahan kepada senarai bersama bagi negeri-negeri Borneo.
No comments:
Post a Comment