Monday December 07.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BASIHT HJ OTHMAN
TANJUNG PAPAT:- Membuat kerja amal tidak kira parti pemerintah atau parti pembangkang yang penting nawaitu dan keikhlasan hati setiap individu yang perlu.
Rancangan Rumah Murah Sim-Sim Jambatan Lorong 8 perlu pengawasan setiap sudut dari aspek kebersihan alam sekitar dan kerosakan titian yang perlu dibaik pulih oleh mana-mana pihak
Naib Pengerusi DAP juga mantan calun Tg Papat Frankie Poon bersama-sama penduduk Rancangan Rumah Murah Sim-Sim telah mengadakan gotong royong khusus bagi membaik pulih jambatan dengan menggantikan papan-papan jambatan yang reput kepada papan baru dan disamping membersihkan sisa-sisa kayu kayan yang terdapat di bawah kolong rumah.
Frankie berkata tujuan gotong royong itu adalah sebahagian tanggungjawab dan peranan proatif dan inovatif Pusat Khidmat Rakyat DAP untuk membantu rakyat yang menghadapi pelbagai masalah.
No comments:
Post a Comment