Monday December 07.2015
DARI MEJA EDITOR
SHAIMON S JUMADI
DALAM mempergunakan Bahasa Melayu sebagai
Bahasa Kebangsaan di negera ini termasuk negeri Sabah yang diisytiharkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah pada tahun 1975 di mana kerajaan negeri melalui
Jabatan-Jabatan Kerajaan dan termasuk
badan-badan berkanun (separuh kerajaan) dikuatkuasakan menggunakan
bahasa Melayu dalam semua urusan rasmi kerajaan dalam surat menyurat.
Begitu juga surat pekeliling yang diedarkan oleh Dewan Bahasa
dan Pustataka ke syarikat-syarikat swasta kalau mereka berususan dengan kerajaan
dalam hal ehwal surat menyurat harus menggunakan bahasa Melayu.
Memang pada mulanya pada tahun 1975 menyusahkan semua pihak
terutama sekali bagi pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan
mereka bukanlah berkelulusan Bahasa Melayu mereka
kebanyakannya lulusan tingkatan lima dalam
Senior Cambreg menerusi sijil
Overseas Certificate of Examination
(OCE) dan Higher School Certificate (HSC) paling randah mereka memiliki Sabah
Junior Certificate of Education (SJCE) mereka memang kurang fasih bertutur dan apa lagi menulis surat dalam bahasa Melayu.
Apapun saya amat menghargai sikap kerajaan Negeri Sabah sejak
dizaman pemerintahan USNO-BERJAYA-PBS dan BN sekarang kerana masih lagi
memperkukuhkan dan mempertahankan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kerajaan
Sabah syabas dan tahniah pihak Dewan Bahasa dan Pustaka Sabah masih lagi
memainkan peranan kearah pertahankan dan
mendaulatkan bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi kebangsaan negeri Sabah.
Dalam pada itu adakah pihak Dewan Bahasa dan Perputakaan wajar campurkan tangan dalam menggunakan bahasa Melayu di Sarawak, kerana kerajaan Sarawak pimpinan Datuk Adnan Saten telah membelakangi kepentingan Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi dalam semua urusan kerajaan negeri.
No comments:
Post a Comment