ORANG MELAYU SEMENANJUNG PALING ANTI TERHADAP AGAMA KRISTIAN DI NEGARA INI


Thursday December 17.2016

OLEH: KAMARUL  ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Perbuatan persatuan yang menamakan diri mereka sebagai QS AL MAIDAH 72 yang mengutuk orang-orang Islam memberi salam atau mengucapkan Selamat Hari Natal kepada rakan-rakan dan sahabat handai adalah haram hukumannya disisi agama Islam perbuatan itu benar-benar menyinggung dan mengguris  hati dan perasaan kepada para penganut Kristian di Negara ini termasuk Sabah dan Sarawak yang bakal merayakan Hari Natal pada 25 Desimber ini.

Kita hairan kenapa Umat Islam di Negara ini sering mencari pasal dengan kaum-kaum lain termasuk memperlekihkan dan mempersenda-sendakan agama lain terutamanya agama Kristian yang menjadi sasaran utama.

Kenapa ramai di kalangan umat Islam khususnya yang terdiri dari masyarakat Melayu sendiri bencikan rakan-rakan yang berugama Kristian sehingga mereka sanggup menghina dan memperlekihkan ugama Kristian sebagai agama songsang dan agama sesat.
 
Kenapa para penganut Kristian mereka itu jahat sangat kah berbanding dengan penganut Islam dalam semua hal seperti pencerobohan dan kumpulan militant mereka adalah terdiri daripada orang-orang  Islam sendiri.

Kes-kes merogol kes merompak kes rasuah kes buang bayi kes dera dan kes pembunuhan 80 peratus dilakukan oleh orang-orang Islam sendiri.


Masyarakat Islamlah yang banyak membuat angkara-angkara yang menyalahi undang-undang Negara berbanding dengan agama-agama lain di Negara ini.

Jadi mengapa bangsa Melayu Islam di Semenanjung terlalu bencikan agama Kristian apa sudah jadi dengan PERKASA mereka sanggup membakar Gereja dan membakar Bible tiada seispa yang ingin mengambilkan tindakan mereka malahan umat Islam bersorak menggalakan perbuatan yang terkutuk dilakukan oleh PERKASA.

Paling menyedihkan dalam pembentukan kerajaan persekutuan khususnya kerajaan Barisan Nasional (BN) mereka berkongsi kuasa antara Melayu-Cina dan India dua bangsa inilah Cina dan India juga  bangsa yang banyak memainkan  peranan penting kearah menjana pembangunan dan penyumbang ekonomi Negara kenapa segala sumbangan dan pengorbanan bangsa Cina dan India di Negara ini sama sekali  tidak hargai atau dihormati malahan mereka sering menerima kutukan cacian dan hinaan daripada kalangan orang-orang Melayu.



Di mana kah maruah dan sikap peri kemanusian sebagai orang Islam yang ugama banyak mengajar umatnya dalam adap sopan dan santun semuanya telah lari daripada landasan.



RASULULLAH BERSABDAH

Islam dan keharmonian dalam masyarakat berbilang agama

Untuk mencipta keharmonian di kalangan masyarakat yang berbilang agama seperti di  negara kita ini, kita perlulah ada sifat saling hormat menghormati antara satu sama lain walaupun berbeza dari segi agama dan kepercayaan.

Khasnya kepada umat Islam diwajibkan menghormati penganut agama lain, ini adalah ajaran Al Quran seperti mana dalam surah, Al-An’aam ayat 108: “Dan janganlah kamu caci benda yang mereka sembah selain dari Allah, kerana mereka kelak akan mencaci Allah secara melampaui batas tanpa pengetahuan. 

Demikianlah Kami memperelokkan pada pandangan tiap-tiap umat akan amal perbuatan mereka, kemudian kepada Tuhan merekalah tempat kembali mereka, lalu Ia menerangkan kepada mereka apa yang mereka telah lakukan.”

Amat jelas Islam menolak prinsip yang tidak toleransi dalam kehidupan bermasyarakat. Allah SWT menciptakan umat manusia bagi menghuni seluruh permukaan bumi dengan berbagai macam suku bangsa, ras, agama serta etnik.

Oleh yang demikian Allah SWT juga mengajarkan konsep toleransi dengan tujuan agar keharmonian wujud dalam kalangan umat manusia. Ayat berkenaan menjelaskan bahawa umat Islam wajib menghormati masyarakat bukan Islam.

Jika umat Islam mencemuh atau mengejek masyarakat berlainan agama akan mendorong mereka membalas penghinaan tersebut dan hal ini Allah SWT tidak membenarkannya, inilah konsep toleransi yang diajarkan Islam.

Berbuat baik arahan Tuhan
Allah SWT mengizinkan umat-Nya untuk menjalin kerjasama dan berbuat baik kepada orang yang berlainan akidah sekalipun. Perbezaan agama sebenarnya bukan penghalang terjalinnya kerukunan dan kedamaian di antara sesama manusia.

Meskipun kita bergaul dengan orang yang berbeza iktikad keyakinan, namum kedamaian hidup tetap menjadi keutamaan.

Islam adalah agama yang sempurna kerana tidak hanya mengajarkan hubungan manusia dengan Allah SWT malahan juga mengajarkan bagaimana umat Islam hidup dalam bermasyarakat.

Agama Islam  sentiasa menganjurkan kebaikan dan kedamaian, agama Islam mewajibkan umatnya agar memiliki dan mempraktikkan sikap toleransi dalam menyikapi perbezaan antara sesama manusia. Dalam konteks negara Malaysia, yang merupakan negara yang dihuni oleh bangsa majmuk dengan berbagai macam agama dan budaya.

Oleh itu sebagai umat Islam dengan ajaran yang jelas, berusahalah melaksanakan perintah Al Quran dan sunnah Nabi Muhammad S.A.W. agar dapat diwujudkan masyarakat dengan kehidupan yang harmoni hasil dari toleransi terhadap umat beragama lainnya.

Dalam menjalin interaksi antara pelbagai bangsa dan agama, samada dalam bentuk  ekonomi, politik, kebudayaan, agama dan lain-lain aspek kehidupan adalah perlu menjadi keutamaan agar terbentuk hubungan yang baik dan saling menguntungkan sesama umat manusia dalam suasana penuh kedamaian.

Kepelbagaian diiktiraf 
Kepelbagaian masyarakat yang berupa perbezaan suku, bangsa, bahasa, adat istiadat merupakan fitrah manusia itu sendiri yang ditentukan oleh penciptanya, seperti yang difirmankan Allah swt dalam surat al-Hujurat ayat 13 yang berbunyi :

“Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakanmu daripada lelaki dan perempuan dan menjadikanmu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling kenal-mengenali. Sesungguhnya orang yang paling mulia diantaramu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa diantaramu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali”.

 Dalam ayat ini seruan tidak dikhususkan kepada “wahai oran mukmin ataupun wahai orang yang beriman”, ianya cukup berbentuk umum iaitu umat manusia.

Tidak ada seruan agar sesama umat manusia bermusuhan sebaliknya perhatikan dalam ayat yang sama terkandung, “Sesungguhnya orang yang paling mulia diantaramu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antaramu”.

Ini adalah satu perintah dari sang pencipta supaya umat manusia berlumba-lumba berbuat kebaikan. Bukan di kalangan umat Islam tetapi di kalangan umat manusia, orang yang paling istimewa di sisi Allah SWT ialah mereka yang bertakwa kepadaNya.

Takwa
Salah satu sifat orang yang bertakwa ialah sentiasa berusaha agar tidak menyakiti orang lain dan sentiasa berbuat kebaikan agar sentiasa mendapat kedudukan istimewa di sisi Allah SWT.

Dalam mencapai matlamat di atas, Nabi Muhammad S.A.W. telah memberikan contoh terbaik. Jadikanlah pesanan dan cara hidup Nabi Muhmaad SAW yang secara keseluruhannya berpandukan ajaran Al Quran sebagai panduan.
Jika ini dapat dilaksanakan, umat Islam akan menjadi umat yang terhormat di muka  bumi ini. Rasululullah S.A.W. pernah bersabda, “Sesungguhnya orang yang paling dibenci oleh Allah s.w.t. adalah orang yang sukakan berselisih dan bergaduh.” Dalam kesempatan lain Nabi Muhammad S.A.W. juga bersabda, “Barangsiapa menyakiti orang bukan Islam yang berada di bawah perlindungan Islam, maka ia telah menyakiti aku, dan barangsiapa yang menyakiti aku, maka ia telah menyakiti Tuhan”- (Riwayat Abu Daud).

Nabi Muhammad S.A.W. sentiasa berbuat baik kepada mereka yang bukan beragama Islam, berkaitan hal ini terdapat banyak kisah-kisah dalam kehidupan dan pesanan-pesanan suci Nabi Muhammad S.A.W. kepada umat Islam. 

Nabi Muhammad S.A.W. memerintahkan umat Islam, “Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik” (Hadis Riwayat Ahmad, Tirmidzi, Darimi).
Hadis Nabi

Dalam hadis ini  Nabi Muhammad S.A.W. tidak mengatakan “Pergaulilah kaum muslimin, atau orang-orang yang shalih, atau orang-orang yang mengerjakan shalat”, akan tetapi beliau mengatakan “Dan pergaulilah manusia dengan akhlak yang baik”. Maksudnya adalah semua manusia, yang kafir, yang Muslim, yang mushlih (yang melakukan perbaikan), yang faajir (jahat) dan yang salih, sebagai bentuk keluasan rahmat dan kelengkapannya dengan akhlak din (agama).

Demikianlah di antara contoh-contoh yang baik dari kehidupan Nabi Muhammad S.A.W. Nabi S.A.W mempunyai jiran seorang Yahudi, jiran ini sering menyakiti Nabi S.A.W.

Suatu ketika, Nabi S.A.W. mengetahui bahwa orang yang selalu menyakitinya ini memiliki seorang anak yang sedang sakit dan nazak. Maka Nabi S.A.W. datang berkunjung ke rumahnya dan mengajaknya menuju jalan Rabb-nya, dengan harapan semoga Allah memberikan petunjuk dan memperbaiki keadaan orang ini.

Ini jelas menunjukan Nabi S.A.W. tidak pernah menaruh dendam malahan membalas keburukan dengan kebaikan, meskipun terhadap orang kafir.

Nabi Muhammad S.A.W. bersabda kepada si anak, sementara bapaknya juga ada bersama mereka, “Wahai bocah, katakanlah laa ilaaha illallah, itu akan menyelamatkanmu dari api neraka”. Mendengar seruan ini, si anak memandang ke arah bapanya dan memperhatikannya. 

Nabi Muhammad S.A.W. mengulangi lagi. “Wahai bocah, katakanlah laa ilaaha illallah!” Si anak memandang ke arah bapanya lagi.
Pada suatu ketika Nabi Muhammad S.A.W. memberi hormat dengan berdiri apabila jenazah seorang Yahudi dibawa lalu di hadapan Nabi Muhammad S.A.W.

Kemudian ada seorang sahabat bertanya : Wahai Rasulullah S.A.W., sesungguhnya itu adalah jenazah seorang Yahudi. Baginda bertanya: Bukankah dia manusia juga?”

Dalam hidup berjiran Nabi Muhammad S.A.W. amat menghormati dan mengasihi jiran tetangganya dan beliau pernah bersabda, “Jibril selalu berwasiat kepadaku tentang perihal jiran, sehingga aku menyangka bahawa ia akan menjadikan jiran sebagai salah satu pihak yang berhak mendapatkan bahagian warisan.”

Isu hangat diperbincangkan akhir-akhir ini ialah tentang larangan menggunakan nama ALLAH oleh non-muslim sehingga membawa kepada rampasan kitab Injil oleh pihak berkuasa agama.

Tindakan seperti ini telah menyalahi cara hidup yang dicontohkan oleh Nabi Muhammad S.A.W. agar jangan menyakiti orang yang bukan beragama Islam.

Namun tindakan yang diambil oleh kerajaan Negeri Selangor dengan mengembalikan kitab tersebut kepada pemiliknya adalah satu tindakan yang wajar.

Diharapkan mereka yang bukan beragama Islam mampu berfikir secara waras dan tidak tegesa-gesa menisbahkan bahawa larangan menggunakan nama Allah adalah ajaran agama Islam sehingga umat lain memandang serong serta terbit rasa kebencian terhadap agama Islam dan juga umat Islam.

Saranan ulama

Dalam menanggapi permasalahan ini penulis selitkan pandangan bernas dari Dr Mohd Asri bin Zainul Abidin (sumber: http://drmaza.com/home/?p=931#):

1.  “Kristian Arab dan juga musyrikin Mekah dahulu juga menyebut Allah sebagai Tuhan. Nas-nas al-Quran dan al-Sunnah tidak membantah hal tersebut. Namun dalam konteks Malaysia, perkara ini agak baru. Ia menimbulkan kegusaran terutama disebabkan berbagai persoalan yang timbul, antaranya apakah maksud yang terselindung di sebalik tuntutan ini?
”.
2.  Nabi S.A.W ketika membuat perjanjian dengan Quraish Mekah juga masing-masing menggunakan nama Allah seperti hadis Muslim: Sesungguhnya Quraish membuat perjanjian damai dengan Nabi S.A.W. Antara wakil Quraish ialah Suhail bin ‘Amr. Sabda Nabi S.A.W : barangkali aku boleh tulis Bismillahirrahmanirrahim. Kata Suhail: Adapun Bismillah (dengan nama Allah), maka kami tidak tahu apa itu Bismillahirrahmanirrahim. Maka tulislah apa yang kami tahu iaitu BismikalLahumma (dengan namaMu Ya Allah!)”.

Sekiranya ada pihak bertujuan menghina dengan menamakan ALLAH kepada sesuatu benda seperti batu, pokok dan sabagainya, maka wajarlah bukan sahaja umat Islam yang marah malahan penganut agama lain juga wajib marah.

Penulis berpendapat  tidak perlu dibahas dengan panjang lebar perkara ini kerana berdasarkan kepada bukti-bukti yang nyata, para pembaca sendiri boleh menilai dan membuat kesimpulan berkaitan isu tersebut.

Tidak dapat dinafikan bahawa isu ini telah menggores perasaan umat Kristian dan sehingga ke tahap di  mana terdapat individu yang tidak bertanggungjawab cuba melakukan kerosakan ke atas bangunan gereja dengan cubaan membakar dan sebagainya.

Gejala ini seharusnya tidak berlaku jika umat Islam taat kepada perintah Nabi Muhammad S.A.W. Nabi Muhammad S.A.W. pernah bersabda ketika tentera Islam ke medan perang,  “Jangan membunuh wanita, kanak-kanak, orang buta dan orang tua. Jangan kamu binasakan pokok kayu dan jangan runtuhkan binaan (termasuk rumah kediaman, gereja, kuil dan rumah ibadah lainnya)”.

Tiada paksaan dalam agama
Masyarakat kebiasaannya cepat membuat kesimpulan apabila seorang Islam melakukan perkara melampaui batas kemanusiaan, mereka beranggapan ianya mencerminkan ajaran Islam.

Sikap seperti ini adalah kesilapan besar, masyarakat hendaknya bersikap adil dalam membuat penilaian dan harus periksa adakah tindakan mereka itu mencerminkan ajaran yang sebenar ataupun sebaliknya.

Janganlah membuat kesimpulan yang melulu dan menghukum hanya dari luaran sahaja kerana apabila berlaku pandangan buruk tentang sesebuah agama itu maka akan timbullah kebencian di dalam diri seseorang itu untuk mengetahui hakikat yang sebenar dan ianya bakal menimbulkan suasana yang tidak baik.

Lantaran pelbagai gambaran negatif yang diterima oleh agama Islam, seperkara lagi  penulis ingin sentuh bahawa Al Quran jelas meganjarkan bahawa tidak ada paksaan dalam beragama.

Umat manusia diberikan kebebasan oleh Allah SWT untuk memilih agama mana mereka suka. Umat Islam juga hendaknya jangan memusuhi umat lain disebabkan mereka bukan bergama Islam kerana Allah SWT sendiri membenarkan hambanya memilih agama yang mereka sukai. Al Quran menjelaskan tidak ada paksaan dalam agama sepertimana dalam surah Al Baqarah : 256, “Tidak ada paksaan untuk (memasuki) agama (Islam); sesungguhnya telah jelas jalan yang benar daripada jalan yang salah. Kerana itu barangsiapa yang ingkar kepada thaghut dan beriman kepada Allah, maka sesungguhnya ia telah berpegang kepada buhul tali yang amat kuat yang tidak akan putus. Dan Allah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui”.

Ayat ini turun disebabkan seorang lelaki bernama Abu Al Husain dari keluarga Bani Salim Ibnu Auf mempunyai dua orang anak lelaki yang telah  memeluk agama Kristian sebelum Nabi Muhammad S.A.W. diutus sebagai Nabi.
Kedua anak ini datang ke Madinah maka ayah mereka meminta mereka agar masuk Islam dan sang ayah berkata, 

“saya tidak akan membiarkan kamu berdua, hingga kamu masuk Islam”. Mereka lalu mengadukan perkara ini kepada Nabi Muhammad S.A.W., maka turunlah ayat ini yang menjelaskan tidak ada pakasaan dalam agama.
Ini bermakna Allah SWT sendiri membenarkan serta memberi hak kepada setiap individu untuk memilih agama yang disukai, kewajipan umat Islam hanya sekadar  menyampaikan ajaran Islam tanpa ada unsur paksaan.

Ajaran sebenar agama Islam

Umat Islam perlu merenung kembali pemahaman ajaran agama Islam sebenarnya.

Semoga dengan cara sebegitu, dapat dicapai misi Islam sebagai agama “Rahmatan lil ‘Alamin” yang tersebar ke seluruh penjuru dunia dan bersesuaian dengan penghayatan konsep Satu Malaysia.

Pemahaman ajaran Islam secara lengkap dan bijaksana akan mempengaruhi strategi dakwah yang berkesan dan teratur, sehingga masyarakat di luar Islam akan tertarik dengan Islam, bukan benci kepada Islam. Umat Islam perlu ingat bahawa kira-kira 40 peratus penduduk negara ini terdiri daripada bukan Islam.

Oleh itu, menghormati mereka memberi peluang besar kepada umat Islam untuk berdakwah kepada sesiapa sahaja yang berminat mengetahui ajaran Islam sebenar, ini dapat menghindari prasangka tidak baik terhadap Islam oleh mereka yang tidak tahu ataupun kurang faham tentang ajaran agama Islam.

Oleh itu, perkara yang paling utama harus dititik beratkan adalah umat Islam perlu mengetahui asas ajaran Islam itu sendiri dan kembalilah kepada teras agama dalam hidup bermasyarakat.
Bahkan, seseorang yang beragama itu tidak seharusnya berkelakuan seperti orang yang tidak beragama dengan membangkitkan kemarahan orang lain.

Agama itu bukan sahaja menitikberatkan tentang hubungan dengan Tuhan sebagai sang pencipta, agama itu juga adalah berkenaan dengan hubungan dengan masyarakat.

Agama adalah sebagai pembimbing kepada umat manusia bagaimana caranya untuk bergaul dengan orang lain dan menyediakan batasan bagi perkara-perkara yang merosakkan hubungan sesama manusia.

Oleh itu menghayati benar-benar apa tujuan manusia beragama sudah pasti kekacauan dan huru hara yang melibatkan sensitiviti agama tidak berlaku.

Umat Islam hendaknya menjadi perintis dalam sama-sama mencipta suasana harmoni dalam kalangan warga Malaysia. 

Walaupun hidup di dalam negara yang dihuni oleh masyarakat yang berbeza dari segi kepercayaan dan pegangan agama, umat Islam harus mencari titik pertemuan yang akan mengeratkan hubungan sesama warga Malaysia.

Kebersamaan yang ada itu adalah keinginan untuk hidup dalam keadaan yang harmoni dan aman damai, tanpa ada permusuhan dan berkasih sayang antara satu sama lain.

Jadikanlah keinginan ini suatu realiti dan sentiasalah bersedia memberikan bantuan sesama warga apabila diperlukan tidak kira bangsa dan agama agar hubungan yang terjalin itu mewujudkan keharmonian yang berkekalan.

Jangan jadikan agama itu sebagai alasan untuk menimbulkan permusuhan. Sebaliknya gunalah agama itu sebagai jambatan ke arah perpaduan. posted by The Sabah Insider.Net


No comments:

Post a Comment