MPS GAGAL BERSIHKAN LONGKANG-PARIT DAN POTONG RUMPUT PANJANG TAMAN UJANA APARTMENT

Thursday December 03.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: SHIRLEY CHIEN


SANDAKAN:- Walaupun daerah telah diisytiharkan   paling tertinggi wabak demam dengue  (denggi) telah mencatat sebanyak 260 kes namun pihak-pihak tertentu khususnya pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) melalui syarikat konsisinya yang telah dilantik telah gagal  untuk melaksanakan kerja-kerja memotongan rumput dan  membersihkan longkang-parit yang tersunbat oleh sisa-sisa buangan  dan sampah sarap.

Rumput panjang dan saliran longkang dan parit tersumbat  di kawasan perumahan Taman Ujana Apartment Jalan Airport sudah sekian lama tidak dipotong dan dibersihkan.


Seorang penduduk Taman Sejati  Ujana Apartment yang di kenali Puan Shirley Chien mengepos gambar mengenai rumput panjang dan saliran longkang dan parit tersumbat sehingga kini belum ada orang yang mahu bertanggungjuawab untuk menebas rumput dan membersihkan longkang dan parit.

Jika masalah ini terus terbiar ia boleh mengundang pelbagai masalah kepada penduduk setempat rumput panjang bukan saja tempat pembiayakan nyamuk Aedes bahkan tempat ular sawa bersembunyi (bertapa) sementara longkang –parit tersumbat menyebakan air bertakong ini juga tempat nyamuk Aedes bersarang dan membiayak.

Dalam kontek ini perlu diingatkan jika pihak MPS tidak mahu mendengar keluhan rakyat dan tidak memperdulikan masalah-masalah ini penduduk sendiri boleh berfikir secara terbuka mencari jalan alternative untuk membersihkan kawasan rumah itu dengan menggunakan cara bergotong royong.
 
Ini saja jalan terbaik untuk mengatasi masalah jangan terlalu bergantung kepada pihak MPS guna cara sendiri kalau anda asyik menunggu MPS membersihkan longkang-longkang dan parit yang tersumbat hingga dunia kiamat belum tahu wujud.

Perkara yang bermasalah seumpama ini jangan dibiarkan nanti ada penduduk diserang wabak demam denggi siapa juga yang susah.



No comments:

Post a Comment