Monday December 28.2015
KARYA: NURLIAYANA ABDULLAH
KERAJAAN
BN sekarang memang banyak masalah, kesan
harga minyak menjunam, ringgit merundum dan tekanan GST merupakan ISU
terpenting untuk pembangkang angkat dan jelaskan ke akar umbi.
Ketiga-tiga
ISU cukup perit buat pemerintah BN dan
inilah masanya yang sesuai untuk menjadikan BN tersungkur.
Sayang
seribu kali sayang, saya lihat baik pegawai penerangan/komunikasi yang wujud di
peringkat daerah/bahagian dan negeri Sabah kalangan parti pembangkang tidak
begitu kuat, terutama sekali 13 parti yang baru saja diterima pendaftarannya.
Sementara
parti-parti lain yang 10 buah itu ada
yang mati tak mahu hiduppun segan dan ini cukup mendukacitakan sekali.
Sementara
parti dalam gabungan (Pakatan Harapan) PH dan juga lain-lain pembangkang juga
kelihatannya kurang menggunakan media seperti laman sosial dan kalau adapun
tulisan-tulisan mereka biasanya tidak
menyengat dan tidak meyakinkan, apa lagi bila diluahkan asyik menghentam sesama
sendiri dan ini tidak boleh dibiar.
Kita
ada dua tahun lagi dan dua tahun ini harus digunakan kesempatan untuk terus
memberikan penjelasan kepada rakyat sama ada melalui media sosial atau adakan
ceramah secara berkelompok dengan jumlah sekitar 30 orang juga boleh
dilaksanakan.
Isu-isu
yang ada sebenarnya masih belum
diketahui oleh mereka yang jauh di pedalaman dan ini harus diulang-ulang atau secara akrap untuk membolehkan mereka
tidak lagi mengundi BN di musim PRU-14 akan datang.
Yang
saya perhatikan ramai kalangan ahli-ahli parti yang ada usaha menonjolkan diri untuk
jadi calon piliharaya yang akan datang sedang isu sebenar membela rakyat tidak
begitu jelas dan ini harus diperhatikan semula agar perjuangan yang selama ini
dilaksanakan akan menghasilkan buah yang boleh memakmurkan rakyat jelata.
No comments:
Post a Comment