PEMIMPIN UMNO SABAH LUPAKAN JASA-JASA TUN MUSTAPHA BAPA KEMERDEKAAN SABAH?


Wednesday December 02.2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU

( Al-fatihah syurga tempatnya)

SAYA ingin menarik perhatian sebagai mengenang jasa-jasa Bapa Kemerdekaan Sabah Arwah Tun  Datu Hj Mustapha Datu Harun  marilah  kita sedekahkan Al-Fatihah buat arwah.

Bercakap  pasal penghormatan,  dikala dulu di musim  Datuk Yong Teck Lee duduki kerusi Ketua Menteri selalu ia berpesan  bila mana ada acara-acara rasmi kerajaan agar masukkan acara tahlil buat arwah Tun Mustapha.

Sama juga bila Datuk  Chong Kah Kiat duduki kerusi Ketua Menteri akan diucapkan hal yang  sama malah Kudat membangun dia guna nama Tun untuk menamakan beberapa lokasi tanda penghormatan buat seorang bapa kemerdekaan Sabah.

Kelihatannya kalangan Cina cukup menghargai jasa-jasa arwah  Tun Mustapha meski kita kekadang tidak ingat siapa Albert Kwok yang membunuh 30 Jepun masa Jepun jajah Sabah yang kesananya 1000 orang kita mati.

Bila Melayu duduki kerusi Ketua Menteri apa yang saya amati dan perhatikan?

Dua tiga kali saya di padang merdeka, jelas nama Tun langsung mereka tidak sebutpun dan yang saya dengar bukan hal-hal  kemerdekaan sebalik mengutuk pembangkang perli hina yang langsung tidak sesuai dengan acara kemerdekaan.

Sesudah itu acara tahlil buat arwah Tun entah mereka ingat atau tidak dan pernah tidak disentuhpun.
Kesian bapa kemerdekaan kita langsung tidak diingat jasa budinya masa di zaman Jepun sehingga merdeka yang jasanya banyak sangat tetapi apa saja yang kita ingat, malah semakin dilupakan.

Rumahnya di Tanjung Aru sepatut kerajaan ambil dan jadikan muzium kemerdekaan tetapi sayang seribu kali sayang di situlah pernah sultan-sultan  menginap dan DYMM bermalam tiba-tiba  TERGADAI sama taukeh cina yang baik hati dan masih mengizinkan cucu Tun tinggal di sana.

Kenapalah manusia melayu kita ini mudah  lupa diri dan lupa bangsa serta lupa pemimpin yang cukup berjasa buat negara bangsa kita. Kita bakal ketolahan.

Sebagai kesimpulan bangsa Cinapun pandai mengenang jasa-jasa pemimpin Sabah berbanding kepimpinan orang Islam (Melayu) sendiri khususnya para pemimpin UMNO Sabah  yang langsung  tidak pandai mengenang budi dan menghormati perjuangan orang lain.



No comments:

Post a Comment