Tuesday December 01.2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: DIANE DEEN JOSS
SANDAKAN:- Pihak Jabatan Pengangkutan
Jalan (JPJ) seharusnya sentiasa membuat rondaan disetiap sudut jalan raya
khususnya untuk memantau lori-lori yang mengangkut barang-barang lebih muatan
yang ditetapkan (over load)
Tindakan pemandu lori yang membawa barangan
lebih muatan itu akan mengundang kecelakaan kepada pengguna-pengguna jalan lain
sekiranya barang-barang yang dipungga diatas lori ini terjatuh lantas menghempap
kendaraan lain yang sedang membuntut
dibelakang.
Gambar ini sempat dirakam oleh Diane Deem
Joss yang telah menjadi viral semoga dengan tersiarnya berita ini mengenai
insiden yang berlaku ini akan menjadi perhatian oleh pihak JPJ untuk kerap
membuat pemantauan di jalan-jalan raya
agar lori-lori yang terbabit boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 42(1)
Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987
No comments:
Post a Comment