PROGAM BULAN PRIHATIN RAKYAT BANTU GOLONGAN WARGA EMAS DAN SEBANINYA.....RAHIMAH

Wednesday  December 02.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI

BATU SAPI:-  Sejak kebelakangan ini nanpaknya warga emas semakin terbela dan sentiasa mendapat perhatian oleh mana-mana pihak dan individu untuk mendapatkan pelbagai bantuan. Untuk meringankan beban.

Ini jelas  peranan proatif dan inovatif yang telah dimainkan oleh Jawatanuasa Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi dengan kerjasama UMNO( Bahagian Batu Sapi yang mengadakan Program Membara  Bulan Prihatin Rakyat yang dilangsungkan di Kampung Gas Tengah dekat sini pagi tadi.

Program tersebut diketuai oleh Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi  Rahimah Asra dalam program tersebut di mana golongan warga emas mendapat  bantuan daripada pihak penganjur.

Kata Rahimah tujuan menganjurkan Program Bulan Prihatin Rakyat adalah untuk mendekati raykat khususunya yang tinggal di kawasan perkampungan terutama sekali untuk membantu golongan nasib para warga emas agar sentiasa mendapat perhatian dan bantuan sewajarnya.

“Kami Jawatankuasakuasa diperingkat bahagian memang membuat pemantauan bukan saja terhadap golongan warga emas mendapat perhatian bahkan juga  golongan-golongan miskin juga akan mendapat perhatian yang  sama” Jelas Rahimah lagi.







No comments:

Post a Comment