OLEH: SHAIMON S JUMADI &
NURLIYANA ABDULLAH
JANJI TINGGAL JANJI.....Orang kampung tetap hidup menderita
CAKAP soal pembangunan dan kemajuan yang sering dilaung-laungkan para pemimpim UMNO/BN. Sabah adalah sebuah negeri
yang telah mencapai sasaran dalam membangungkan pelbagai aspek pembangunan infrastruktur antaranya Jalan Raya.
Dalam hal ini sesiapa saja tidak dapat menafikan setiap kali balik
kampung semasa menyambut Hari Gawai Dayak, Krismas dan Pesta Menuai pastinya mereka mengadakan kerja gotong
royong untuk memperbaiki jalan dengan mengangkat batu batan.
Dalam pada masa yang sama penduduk kampung begitu marah dengan kerajaan
Barisan Nasional sambil mengeluarkan kata-kata kesat kerajaan tak berguna
banyak lagi perkataan perkataan yang
pedas-pedas dilemparkan kepada wakil-wakil Rakyat BN.
Akan tetapi bila menjelang pilihanraya umum beberapa orang penduduk yang kuat melenting
kuat memaki hamun terhadap pemimin kerajaan BN akhirnya mulut mereka terkunci menjadi
sunyi senyap (terpungkam) perkataan menyampah tiba-tiba hilang dari bibir
mereka.
Kenapa boleh jadi begitu yang sebelum ini mereka cukup berani dan
lantang menyuarakan keperitan hidup rakyat, terutama sekali soal jalan raya adalah keutamaan terhadap
penduduk-penduduk di sebuah kampung kerana jalan adalan merupakan penghubung
utama khususnya bagi membawa segala hasil masul tanaman=tanaman mereka untuk
dipasarkan.
Kenapa mereka tiba-tiba senyap dan membisu seribu bahasa sebabnya pihak kerajaan cukup
bijak mereka telah diagih-agihkan dengan tangki berwarna biru beras nasional 10
kg wang tunai RM200.00 dan zink lima keping.
Setelah penduduk mendapat semua itu mereka jadi tukar fikiran yang
tadinya adalah menentang dasar kerajaan BN tetapi kini menjadi pengundi tegar
BN.
Gara-gara tangki biru beras 10kgduit RM200.00 mereka sanggup menunggu
selama lima tahun lagi, kenapa penduduk-penduduk kampung yang menjadi sasaran
dalam pengagihkan kemudahan asas menjadi
pak turut BN
Perlu diingatkan kalau sikap penduduk tempatan masih mempunyai daya pemikiran
ditahap katak dibawah tempurung selagi
itu kehidupan mereka tidak akan berubah untuk selama-lamanya
No comments:
Post a Comment