TAMAN SIBUGA DILANDA BANJIR KILAT PUNCA SISTEM PERPARITAN TIDAK SEMPURNA.....DAKWA KEMELLIA

OLEH: SHAIMON S JUMADI


SEKONG:- Kegagalan pihak kontraktor yang dilantik oleh Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang bertanggungjawab bagi membersihkan kawasan-kawasan taman perumah seperti system saliran perparitan dan longkang adalah penyebab utama perumahan Taman Sibuga dilanda banjir kilat sedalam 1 meter yang menggedelamkan  ruang tama rumah.

Dalam tinjauan Brayan Chang Shak Hung Setiausaha DAP Sandakan ke sebuah rumah di Taman Sibuga awal pagi tadi mendapati air  melimpah masuk sedalam 1 meter  yang  telah menggedelamkan ruang tamu sehingga masuk keruang dapur.

Kata Chang  lagi ini berpunca daripada kegagalan pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) yang tidak pandai mengatur  tata kerja oleh syarikat konsisi yang dilantik oleh MPS untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan keatas parit yang tersumbat dan mejadikan air tidak dapat berjalan lancar.


Itulah yang saya sering perkatakan dimedia-media potal punca berlakunya kebanjiran kital banjir lumpur ini semuanya angkara kegagalan pihak berkuasa seperti majlis-majlis perbandaran dan juga majlis daerah yang kurang mengambil perhatian tetang keselamatan penduduk” Kata seorang Aktivis Masyarakat Dato Seri Padukan Dr Kemellia Hassan dalam satu kenyataannya dengan media portal pagi tadi.

Yang pertama pihak berkuasa tempatan  gagal melaksanakan kerja-kerja pembersihan saliran longkang dan parit walaupun telah melantik beberapa syarikat konsisi yang bertanggungjawab keatas pembersihan disemua sudut kawasan perumahan.

Kedua pihak pemaju atau kontraktor melakukan pengambilan tanah-tanah dicerun-cerun bukit dibiarkan begitu saja sehingga beberapa kawasan di Kota Kinabalu seperti di kawasan perumahan di Penampang dan di Kelombong telah dilanda banjir sedalam meter” Kata Kemellia lagi.



No comments:

Post a Comment