ZAKAT
KE YAPEIM
( Akmal tak tarik tuduhan, malah siap ke mahkamah)
( Akmal tak tarik tuduhan, malah siap ke mahkamah)
KARYA:
NURLIYANA ABDULLAH
BAIK
dana zakat atau YAPEIM itu dana awam termasuk derma-derma korporat/ahli perniagaan
yang bermurah hati. Dana Zakat dan YAPEIM ini semata-mata untuk warga miskin
termasuk anak-anak yatim.
Dana
di kedua tabung itu untuk membantu ekonomi muslim termasuk pendidikan anak-anak
yatim di Malaysia dan tidak ke arah lain.
Barangkali
tidaklah salah kalau ada pegawai2 menggunakan wang berkenaan untuk urusan
kesusahan orang miskin atau anak-anak yatim Malaysia di luar negara tetapi
kalau sudah berbelanja hingga hampir bilion misalnya maka ini sudah melampu.
Jamil
pernah dikatakan guna wang ZAKAT sekitar 250k-RM500k untuk kos guaman dan
apakah ini lojik dan masuk akal?
Sesudah
menggunakan wang Zakat, entah dibayar entah tidak kita tak tahu kerana hingga
sekarang tiada cerita yang diperkatakan hal ini sedang AUDIT NEGARA pernah
mengakui yang menteri Jamil khir ini memang sah menggunakan wang zakat.
Wang
zakat dilupa begitu saja dan kitapun tidak tahu, sekarang tak cukup dana Zakat,
lalu ia guna secara bazir wang YAPEIM sekitar mendekat RM500kuntuk belanja ke
luar negeri termasuk anak bini dan diguna untuk acara2 yang dikira tidak banyak
kebaikannya.
Kononnya
Jamil telah melaporkan kes berkenaan yang mengangkat isu guna wang YAPEIM itu
ke polis dan mahu ke mahkamah. Barangkali jika ke mahkamah, Jamil boleh saja
menang sebab kita fahamlah akan ada saja bermacam alasan.
Soalnya
apakah lojik ia gunakan dana YAPEIM begitu banyak untuk acara-acara di luar
negara? dan sempena lawatan itu memanglah ada acara2 tertentu diadakan dan
bermain GOLF itu sekadar sampingan.
Dari
segi undang-undang dan dilihat secara kasar memanglah tidak salah tetapi
MEMBAZIR itu yang salah dan salah dari segi moralnya.
Dana
Zakat dan YAPEIM itu adalah duit rakyat yang membayar zakat dan kemudian derma
orang ramai dan juga ahli -ahli perniagaan
yang berjaya dan tiba-tiba melihat dana begitu banyak mereka jadi PANJANG AKAL
dan digunakan pula untuk projek2 di luar negara.
Kenapa
tidak digunakan untuk banyak sangat orang miskin di Sabah dan kenapa tidak
dibina sekolah khas untuk anak-anak yatim seperti di Tambunan misalnya?
Sabah
ini rata2 rakyatnya TERMISIN dan kenapa dibiarkan saja? apakah kerajaan tidak
melihat keadaan ini dan bukankah dana itu boleh diguna membantu
biayai/pinjamkan peniaga-peniaga miskin
yang kekadang berniaga di kaki-kaki lima di pekan-pekan di Sabah?
Kenapa
Jamil harus mengutamakan di Amerika yang jelas untuk kesana menggunakan banyak
belanja dan kos itu YAPEIM pula menanggung? dan ini jelas tidak benar dari segi
moralnya.
Cukuplah
berusaha memberikan bermacam alasan dan memang di mahkamah ia akan menang
tetapi di akhirat siap sesiapa saja menggunakan duit khas orang miskin atau
anak yatim akan tahu juga kesannya.
Kita
tidak menyalahkan Jamil dari segi hukum tadbir zakat dan YAPEIM tetapi dari
segi moral dan lojikanya memang tidak betul sebab bayar guaman dirinya tidak
kena mengena dan guna dana YAPEIM ke luar negara adalah pembaziran yang Allah
tidak suka.
No comments:
Post a Comment