Sunday November 22.2015
Gambar Kelihatan.....Mohd Isa (tiga dari kiri) mewakili 360 ketua cawangan yang hadir mendesak Presiden Umno meletak jawatan. – Foto Sinar Harian
SEREMBAN:- Seramai
360 ketua Cawangan Umno dari lima
negeri mendesak secara terbuka agar Datuk Seri Najib Tun Razak meletak
jawatan sebagai Presiden Umno.
Kenyataan dibuat di
hadapan media oleh ketua cawangan Umno Taman PD Utama, Mohd Isa Mohd Yasin
selepas kesemua 360 orang dari Negeri
Sembilan, Selangor, Johor, Perak dan Sabah menghadiri sesi suai kenal serta
mengadakan mesyuarat yang berlangsung kira-kira satu jam bermula kira-kira 3
petang di sini, hari ini.
Menurut Mohd Isa, mereka
sebulat suara mendesak Presiden Umno meletak jawatan kerana sudah hilang
kepercayaan terhadap kredibiliti pemimpin itu dalam memimpin parti nombor satu
Melayu itu mereka dikatakan rasa bersalah kalau mereka terus menerus memberikan
sokongan padu kepada pimpinan Najib yang sudah hilang arah terutama kes 1MDB
dan kes 2.6 Billion itu jadi kes besar.
Menurutnya, semasa
peralihan jawatan antara Tun Abdullah Ahmad Badawi kepada Najib, mereka
memberikan sokongan penuh, di samping meletakkan harapan yang begitu tinggi.
“Namun, apa yang berlaku
hari ini tidak seperti mana yang diharapkan dan sudah ramai yang sangsi dengan
Umno.
“Melalui mesyuarat ini
juga, kita mahu parti tidak mengambil sebarang tindakan disiplin terhadap
timbalan presiden, naib presiden, ketua cawangan atau mana-mana ahli Umno yang
tampil membuat kritikan kepada parti,” katanya pada sidang media berkenaan,
hari ini.
Mohd Isa juga mendakwa
mereka sudah mendapat sokongan hampir 6,000 ketua cawangan lain dari seluruh
negara dan bercadang mengadakan himpunan besar-besaran akhir bulan depan
berhubung perkara berkenaan.
Bagaimanapun, katanya,
lokasi penganjuran masih belum ditetapkan.
“Kita yakin akan
mendapat sokongan lebih satu perempat daripada cawangan Umno di seluruh negara.
“Tindakan kami ini tidak
didorong oleh mana-mana pihak, sebaliknya atas kesedaran sendiri untuk
mengembalikan hak bersuara dalam Umno kepada yang benar-benar berhak iaitu
ketua Umno cawangan sebagai akar umbi supaya parti dapat diselamatkan,”
katanya.
Pertengahan bulan lalu,
seramai 30 ketua cawangan Umno sekitar
Telok Kemang mengadakan sidang media mendesak Najib meletak jawatan.
Ia disusuli dengan tindakan
32 cawangan Umno di bahagian Sepang yang
turut membuat kenyataan sama, Rabu lalu. Posted
by Sinar Harian
No comments:
Post a Comment