Tuesday December 01. 2015
OLEH: KARUNAN A/L MUTHU
SAMMY
PUTRAJAYA:- Persiden PERKASA Datuk Ibrahim Ali meminta dan
mendesak kerajaan Barisan Nasional (BN) Pimpinan Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd
Razak supaya menutup dua buah sekolah
iaitu Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJK(C) dan Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil
(SJK(T) di Negara ini.
Sekiranya
Kerajaan BN pada hari ini menuruti kehendak
Ibrahim Ahli ini adalah bertentangan dengar dasar-dasar
perkongsian kuasa dalam
pembentukan pemerintahan khusushnya kerajaan di peringkat persekutuan.
Memang
ramai para penyokong UMNOpun telah setuju cadangan Ibrahim Ali untuk menutup
dua buah sekolah berkenaan kerana kebencian orang-orang Melayu terghadap bangsa
Cina dan India semakin ketara kalau boleh mereka akan hapuskan dua bangsa ini
di muka bumi Malaysia.
Kata
Ibrahim lagi, Putrajaya mesti menghapuskan semua sekolah vernakular kerana ia
menghalang perpaduan negara, dan menggantikannya dengan sekolah satu aliran,
gesa satu gabungan kumpulan badan bukan kerajaan (NGO) yang memperjuangkan hak
Melayu.
Melalui
satu Memorandum Perpaduan Negara, mereka berkata hari ini, Putrajaya boleh
menutup mulut mana-mana kumpulan pendidikan "radikal" yang menentang
langkah itu, seperti Dong Zong, melalui ancaman membatalkan pendaftaran mereka.
"Ketegasan
ini perlu kerana beberapa aliran sekolah yang sudah wujud sekian lama tidak
kondusif kepada usaha mempromosikan dan mengukuhkan perpaduan nasional di
Malaysia," menurut memorandum itu yang dirangka sebuah jawatankuasa
dipengerusikan Ketua Perkasa Datuk Ibrahim Ali.
"Jika cadangan memansuhkan sekolah jenis kebangsaan Cina
(SJKC) dan Tamil (SJKT) ditentang pertubuhan seperti Dong Zong, kerajaan
Malaysia mesti mengkaji semula pertubuhan ini dan mengeluarkan surat tunjuk
sebab kenapa pendaftaran mereka tidak patut dibatalkan.
"Dalam
erti kata lain, tiba masanya kerajaan Malaysia bertindak tegas terhadap
mana-mana kumpulan pendidikan yang radikal menentang usaha memupuk perpaduan
negara, termasuk Dong Zong dan yang seumpamanya."
Memorandum
itu menggesa Putrajaya menjelaskan kepada rakyat kaitan antara Dong Zong dengan
"Suqiu", sebuah "pergerakan ultra-chauvinis" Cina yang
pernah membuat 83 tuntutan dari Putrajaya pada 1999.
Katanya,
Putrajaya tidak harus tunduk kepada tekanan dari aktivis pendidikan bukan
Bumiputera.
"(Sekolah
vernakular) bertentangan matlamat mengubah sistem pendidikan negara kepada satu
mekanisme bagi mewujudkan perpaduan negara di kalangan pemuda berbilang kaum di
Malaysia.
"Inilah
sebabnya kenapa sistem itu dikatakan menimbulkan perpecahan antara kaum, agama
dan budaya, dan mengancam perpaduan negara," menurut memorandum itu.
Memorandum
tersebut dibahaskan lebih 300 wakil NGO Melayu pada Konvensyen Perpaduan Negara
di Kuala Lumpur hari ini sebelum diluluskan petang ini.
Kumpulan
itu berhasrat menyerahkan memorandum itu kepada kerajaan, Yang di-Pertuan Agong
dan Majlis Raja-raja.
Bagaimanapun,
dalam satu wawancara khas disiarkan Mingguan Malaysia hari ini, Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak berkata Umno tidak boleh menutup sekolah Cina sekiranya
ia hendak meningkatkan sokongan kaum Cina.
"Ini
kerana tidak mungkin sokongan orang Cina dapat ditingkatkan jika pada nafas
yang sama kita tuntut sekolah Cina ditutup," katanya
Tujuan
Ibrahim Ali mencadangkan kepada kerajaan BN/UMNO suruh menutup sekolah SJK(C)
dan SJK(T) adalah bertujuan niat jahat supaya orang-orang cina di Negara ini
termasuk ahli-ahli MCA dan ahli-ahli MIC juga Gerakan tidak akan mengundi
kepada calun-calun BN pada PRU14 nanti.
Ini
saja jalan terbaik untuk menumbangkan kerajaan BN/UMNO dengan menutup kedua-dua
buah sekolah berkenaan.
No comments:
Post a Comment