MUHYIDDIN....... JIKA DIPECAT DARI UMNO AKAN MENYERTAI PAKATAN HATAPAN?

Friday November 27.2015

OLEH: KAMARUDIN ZAMAN

KUALA LUMPUR:- Timbalan Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin mempersoal keputusan Majlis Tertinggi yang tidak membenarkannya untuk menyampaikan amanat kepada perwakilan Wanita, Pemuda dan Puteri UMNO dalam Perhimpunan Agung UMNO akan datang.
Katanya, tradisi yang diamalkan selama ini telah dinafikan, apa tak  lagi perhimpunan agung kali ini merupakan detik terpenting kepada parti.
"Apalah dosa yang telah saya lakukan terhadap UMNO sehingga tradisi berucap yang saban tahun diberikan kepada setiap Timbalan Presiden dinafikan kepada saya pada tahun ini?
"Atau apakah ada mereka yang cukup takut dengan apa yang akan saya ungkapkan di hadapan anak-anak muda yang dipercayai boleh meluputkan keyakinan kepada seseorang pemimpin," katanya dalam kemas kini di laman Facebook miliknya hari ini.
Bagi Muhyiddin, Perhimpunan Agung UMNO kali ini antara detik penting baginya untuk memastikan semua sayap berjuang dengan penuh tanggungjawab.
"Ia adalah ucapan terpenting saya di hadapan para pejuang parti yang melakarkan harapan serta cita-cita saya agar UMNO terus gagah meredah cabaran zaman," katanya.
Tambahnya lagi, beliau menghormati keputusan Majlis Tertinggi tetapi Muhyiddin menegaskan beliau akan terus berbicara menyatakan yang hak.

"Perjuangan saya dalam UMNO bukanlah untuk mempertahankan mana-mana individu, tetapi untuk membela agama, bangsa dan negara yang tercinta," katanya

“Tapi kalau sata  disingkir daripada UMNO selepas perhimpunan UMNO ini saya terpaksa menyertai sama ada PKR atau Amanah (PAN) bagi meneruskan perjuangan misi dan visi saya sebagai orang politikus. katanya 

No comments:

Post a Comment