Sunday November 22.2015
KARYA: ZAR ALI
MEMBACA tentang berbagai laporan mengenai kisah YAPEIM
mengadakan berbagai kursus perkahwinan untuk pelajar di luar negara, terpanggil
pula aku untuk mempersoalkan beberapa perkara yang berbangkit. Sebagai ‘orang tua’
yang pernah terlibat dalam ‘hal-hal sebegini’ suatu ketika dahulu amat
memerlukan penjelasan. Sekurang-kurangnya untuk dapat dimengertikan oleh rakyat
yang agak dangkal tentang isu-isu yang sebegini.
Membaca tentang laporan-laporan dan kenyataan yang diberikan
oleh YB Menteri di Jabatan Perdana Menteri (DS Jamil Khir Baharom) dan
kenyataan oleh Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah (JAWI), Paimuzi Yahya
menampakkan bahwa seolah-olah hal ehwal pelajar luar negara telah berada
dibawah YAPEIM dan bukan lagi di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia. Atau
apakah aku tidak sedar tentang pertukaran tanggungjawab ini?
Dari laporan-laporan yang dipaparkan menunjukkan bahawa
kursus perkahwinan adalah amat penting diberikan kepada pelajar-pelajar. Aku
tidak menafikan hakikat itu tetapi apakah kursus yang sedemikian menjadi
keutamaan sehinggakan sanggup berbelanja ratusan ribu ringgit semata-mata untuk
mengadakan kursus sedemikian rupa.
Izinkan aku memetik kenyataan Pengarah JAWI, Encik
Palmuzi Yayaha yang mengatakan bahawa, "Dari segi ekonomi memang jimatkan
bajet pelajar di luar negara untuk kursus perkahwinan……Apabila (kursus) dibuat
di luar negara kita kumpulkan 150 orang dan penceramahnya dua atau tiga orang
di mana belanjanya memang sedikit…..Itulah keuntungan yang akan diperolehi
pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke Malaysia untuk hadir kursus),"
Aku tidak menafikan kepentingan kursus-kursus perkahwinan
sedemikian tetapi soalnya hendaklah mengikut ‘tertib’nya. Mengikut
keutamaannya. Kita harus faham bahawa keutamaan yang diberikan tumpuan kepada
pelajar ialah untuk lulus dengan cemerlang dalam bidang-bidang yang diceberu
oleh mereka dan bukan memikirkan soal kahwin. Aku yakin jikalau ditanyakan
keutamaan ibu bapa pelajar di Malaysia, pasti mereka mahukan anak mereka lulus
dengan cemerlang dalam bidang-bidang kejuruteraan (Perancis dan German)
Dan yang ‘memeningkan’ kepala kebanyakan takyat Malaysia
ialah kenyataan ‘Tuan Pengarah Jawi’ yang mengatakan bahawa, ‘…..Itulah
keuntungan yang akan diperolehi pelajar luar negara (tanpa perlu balik ke
Malaysia untuk hadir kursus)”.
Apakah sampai
begitu sekali pentingnya kursus perkahwinan sehinggakan sanggup memanggil
pulang pelajar semata-mata untuk mengikuti kursus perkahwinan. Mungkin agaknya
pemikiran aku sudah amat jauh menyimpang dari norma sebenar. Mungkin.
Timbul pula pertanyaan lain yang ‘menendang dan
menerajang’ benak aku ia itu tentang apakah JAWI dan YAPEIM juga mengadakan
kursus perkahwinan di pusat-pusat pengajian tinggi awam dan swasta di Malaysia.
Apakah seluruh pelajar Islam di UITM atau di Taylors College di Subang Jaya itu
telah mengikuti kursus perkahwinan? Dan aku yakin tidak dan mungkin belum lagi
diadakan kursus sedemikain. Dan apakah bezanya pelajar Islam di pusat pengajian
tinggi tempatan dengan pelajar Islam di Paris atau di Chicago?
Dan yang paling malangnya lagi ialah perbelanjaan untuk
menjalankan kursus berkenaan berjumlah ratusan ribu ringgit.
Lebih menakjubkan lagi kononnya Kursus program yang
dinamakan ‘Simposium Perdana Paris membincangkan Isu Perkahwinan, Kekeluargaan,
Keusahwanan dan Pengurusan’.
Persoalannya ialah apakah kepakaran YAPEIM dan JAKIM
sudah boleh mengendalikan kursus-kursus yang berkaitan dengan keushawanan dan
pengurusan dan tidak lagi terbatas dalam hal-hal yang berkaitan dengan agama
Islam sahaja.
Dan dinyatakan juga bahawa tujuan diadakan program
berkenaan di Perancis, “ bagi memastikan pelajar Malaysia di negara itu tidak
terpengaruh dengan LGBT” Aku tidak pula menafikan tentang kepentingannya untuk
disampaikan kepada pelajar-pelajar.
Tetapi soalnya apakah perlu satu program khas yang
dinamakan ‘Simposium Perdana Paris’ untuk membincangkan isu berkenaan yang mana
para peserta simposium perlu didatangkan dari Malaysia dengan perbelanjaan
ratusan ribu ringgit.
Apakah pegawai kedutaan di Paris tidak boleh diminta
kerjasama untuk memberi penjelasan yang sedemikian. Ataupun mungkin boleh
diarahkan Attache Agama Islam dari Jabatan Penuntut Malaysia di London untuk
bekerjasama alam hal sedemikian.
Aku merasakan sudah begitu lama kerajaan Malaysia
membelanjakan wang yang begitu banyak untuk perkara-perkara yang bukan
keutamaan. Sudah berbillion ringgit wang negara digunakan untuk perkara-perkara
yang bukan ‘keutamaan’ ( yang semestinya bukan tidak penting).
Para menteri dan pegawai tinggi kerajaan haruslah
berhemah dan ‘bertimbang rasa’ dalam menetukan keutamaan yang perlu
dilaksanakan.
Sudah terlalu lama kita membincangkan isu-isu
remeh yang kadang-kadang dirasakan kurang berfaedah dan membuang masa.
ULASAN EDITOR
Lebih baik tukar saja kerajaan PAKATAN HARAPAN Kes 1MDB belum selesai timbul pula kes YAPEIM bagi para penyokong UMNO dan BN kes 1MDB dan YAPEIM adalah kes remeh temeh tak perlu disiasat buang masa sahaja.
Kalau orang Islam makan babi, minum arak, berzina dan berjudi hukumnya haram mutalak tetapi orang-orang UMNO yang terlibat kes makan rasuah makan duit anak-anak yatim (Pecah Amanan) semuanya dihalalkan.
No comments:
Post a Comment