OLEH: SHAIMON S JUMADI &
WARTAWAN DAP
RASMI.....Wong merasmikan projek bekalan air paip untuk penduduk pedalaman
KENINGAU:-
Walaupun parti pembangkang seperti Parti Tindakan Demokratik (DAP) yang tidak
punya apa-apa peruntukan namun para pemimpinnya yang prihatin dan berjiwa
rakyar terhadap permasalahan rakyat
khususnya penduduk yang tinggal di kawasan luar bandar (pedalamam) namun masih
mempunyai kemampuan untuk membela nasib rakyat yang semakin terhimpit di bawah
pemerintahan kerajaan Barisan Nasional (BN)
Dalam
pada itu jelas dan terbukti terhadap daya dan susaha serta kemampuan DAP telah menyalurkan Projek pembinaan jalan
raya dan bekalan air untuk penduduk di kawasan pedalaman yang dilancarkan oleh
DAP melalui “Impian Sabah”,
Untuk
menjayakan pelaksanaan projek tersebut di mana seramai 250 orang sukerelawan
turut menyertai program Impian Sabah tetapi hanya 20 orang saja dari Sabah dan
selebihnya semuanya dari Semenanjung.
Timbalan
Pengerusi DAP Sabah merangkap penyelaras “Impian Sabah” Stephen Wong yang juga
Ahli Parlimen Sandakan menyeru orang
Sabah, terutamanya golongan pemuda menyertai program ini.
Kata
beliau, terdapat 600 orang sukarelawan dari seluruh negara telah mendaftar
menyertai “Impian Sabah”, dan 250 orang di antaranya datang ke Sabah menyertai
kerja-kerja tersebut atas perbelanjaan sendiri.
“Kami
kekurangan sukarelawan daripada Sabah, kami memerlukan keprihatinan dan kasih
sayang daripada mereka.”
Wong
berkata demikian dalam sidang akhbar yang diadakan di pusat pejabat DAP Sabah.
Turut hadir termasuklah Pengarah Pendidikan Politik DAP Sabah Ginger Phoong dan Bendahari DAP Sabah Tan Lee Fatt.
Ginger
Phoong berkata, sukarelawan Impian Sabah tidak diwajibkan untuk menyertai DAP,
tetapi hanya menyertai program-program yang membantu masyarakat secara
sukarela.
Sementara
itu, pasukan “Impian Sabah” DAP telah memperuntukkan RM30ribu untuk memasang
paip bawah tanah sepanjang 7km di Kg
Linsosod yang lebih kurang 20minit jarak
perjalanan kereta dari pekan Keningau, untuk membantu 95 keluarga tempatan
mengatasi masalah bekalan air.
Pasukan
“Impian Sabah” DAP juga pergi ke Kg Dowokon di Pitas, memasang paip bawah tanah
sepanjang 7km. Projek tersebut telah membelanjakan lebih kurang RM80ribu, kebanyakan
kos adalah untuk membeli paip dan kos pengangkutan. Kedua-dua projek ini
membolehkan 2 ribu orang penduduk di kedua-dua kawasan tersebut dapat menikmati
bekalan air yang bersih, setelah hampir setengah abad ketiadaan bekalan air.
Penyelaras
Impian Sabah YB Stephen Wong, pemimpin-pemimpin dan sukarelawan telah melawat
kedua-dua kampung tersebut dan mengadakan upacara perasmian yang ringkas. Setiausaha Publisiti DAP merangkap pengasas “Impian
Malaysia” YB Tony Pua turut hadir untuk
menyaksikan perasmian projek berkenaan. Turut bersama termasuklah Setiausaha
Organisasi DAP Sabah merangkap ADUN Likas YB Junz Wong,Bendahari
DAP Sabah Tan Lee Fatt, pengarah pendidikan politik DAP Sabah Ginger Phoong,
Penolong Setiausaha Organisai DAP Sabah Henry Shim dan pemimpin DAP Keningau
Peter Saili.
Projek-projek
tersebut disiapkan atas usaha 12 orang sukarelawan Impian Sabah dari
Semenanjung dan penduduk tempatan.
berkata,
kg Linsosod merupakan kawasan Timbalan Ketua Menteri merangkap
Menteri Pembangunan Infrastruktur Tan Sri Pairin, tetapi keperluan penduduk
tempatan tidak diambil berat, ini menunjukkan kerajaan BN telah mengabaikan
keperluan asas penduduk kampung, sehingga bekalan air pun tidak dapat
diberikan.
Wong
berkata, Impian Sabah menghulurkan bantuan kepada mereka yang memerlukan, tanpa
mengira bangsa, warna kulit, kawasan dan agama. Kutipan derma dari seluruh
negara digunakan untuk membantu penduduk kampung yang miskin, supaya mereka
mendapat layanan yang sama rata dan hidup dengan bermaruah.
Kata
beliau, kini Impian Sabah telah berjaya menjalankan 6 projek bantu rakyat yang
menelan kos sebanyak RM500ribu, wang tersebut diderma oleh mereka yang baik
hati.
Selain
itu, Tony Pua juga bertanya pada upacara perasmian tersebut, ahli Parlimen BN
mendapat RM1.5juta peruntukan pembangunan, manakala ADUN BN mendapat RM1juta
peruntukan pembangunan, tetapi mana perginya peruntukan tersebut?
Beliau
berkata, dengan hanya RM30ribu, dapat membekalkan air dan membantu 500 orang
penduduk kampung, tetapi yb BN pula tidak sanggup berbuat demikian, terus membiarkan
penduduk kampung hidup sengsara.
ALBUM .....Seramai 250 orang sukarelawan yang bekerja keras menjayakan program Impian Sabah
Tony
Pua juga mengumumkan bahawa Impian Sabah akan menjalankan projek yang terbesar
selama ini, iaitu membina paip bawah tanah melebihi 10km di Keningau, kos
pembinaan dijangka RM200ribu, untuk membekalkan sumber air kepada 1500 orang
penduduk di 5 buah kampung.
Beliau
berkata akan memulakan kerja-kerja kutip derma setelah balik ke Kuala Lumpur,
supaya mendapat dana yang mencukupi untuk menjalankan projek tersebut dengan
secepat mungkin.
No comments:
Post a Comment