PEMIMPIN BN/UMNO PERBODOH-BODOHKAN RAKYAT SABAH?

Saturday November 28.2015

OLEH: ROSE KHAIRUL

SUDAH jelas bahawa kita tahu Sabah negeri terkaya kesan sumber alam dan berbilion kita dapatkan setahun tetapi kenapa hidup kita rata-rata Sabahan termiskin sekali di Malaysia.

Kita masuk saja ke kampung-kampung  yang tak jauh dari pekan akan kita nampak bagaimana kesusahan hidup orang kampung yang kekadang tiada air paip dan letrik juga tiada, sementara jalan berlobang-lobang.

Tidak perlu jauh jauh sedikit pekan-pekan , malah di sekitar kota kinabalu seperti inanam jalannya lebih kurang dan keadaan ini jauh banding di semanjung Malaysia.

Di Sabah ini baik di peringkat negeri dan federal, keduanya di bawah Barisan Nasional tetapi sejak UMNO memerintah bukan makin membaik sebalik memburuk dan jelas orang sabah kena kasih bodoh dan kalau terus juga mengundi BN maka tidak hairanlah kalau dikatakan Sabahan ini teramat bodoh sekali.

Yang kita fikirkan, apa sudahnya anak bangsa kita mendatang dan kalau BN terus memerintah maka bukan saja Sabah akan susah, malah seluruh negara juga akan sama ikut susah sebab kesan kepimpinan yang korup dan asyik isi kantung anak bini, kroni dan famili.

Tiada cara lain, BN mesti ditumbangkan lantaran  Kadazan-Dusun Murut dan Cina harus bersatu jangan beri undi terhadap mana-mana calon BN yang bertanding di kawasan-kawasan tertentu.

Baik calun itu berbangsa Kadazan-Murut, Dusun dan Cina kalau mereka bertanding atas tiket BN (PBS-UPKO-PBRS-GERAKAN dan LDP) tolong jangan undi mereka kerana mereka serupa dengan kepala para pemimpin UMNO pembohong banyak menabur janji.

Sebagai buktinya kawasan pedalaman yang diwakili ADUN daripada suku Kadazan-Murut dan Dusun  di bawah tiket BN banyak kawasan  yang masih ketinggalan arus pembangunan seperti bekalan elektrik, paip air dan juga jalan.

Di Sabah lebih 100  ribu Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) yang mendapat kad pengenalan projek menjadi ahli UMNO yang terdiri daripada suku Bugis dan Filipin dari suku Suluk dan Bajau termasuk juga warga Pakistan  sebagai adalah  penentu undi mereka  bagi memberikan kemenangan setiap PRU kepada BN.




No comments:

Post a Comment