WONG MINTA PARLIMEN BERKABUNG SEMINIT ATAS PENGHORMATAN KEMATIAN BERNARD GHEN

Monday November 23-2015

OLEH: WARTAWAN DAP

 ABU SAYYAFF...Bertaggungjawab penggal kepala Bernard Ghen 

SANDAKAN:- “Kematian Bernard Then merupakan tanggungjawab dan hutang negara terhadapnya, kerana kerajaan tidak berupaya untuk melindungi rakyat jelata di darat, mengakibatkannya mengalami kejadian yang tragis, Parlimen patut kabung seminit bagi mangsa, dan meluluskan perbahasan untuk memastikan tiada mangsa seterusnya.”


Ahli Parlimen Sandakan DAP Stephen Wong mencadangkan usul tergempar di Parlimen berhubung dengan kes mangsa tebusan Bernard Then dipenggal militan 

Abu Sayyaf, tetapi usul ini ditolak oleh Speaker Parlimen Tan Sri Pandikar Amin. Wong menggesa kerajaan minta maaf atas kegagalan dan ketidakupayaan dalam tragedi ini.

Wong yang juga Timbalan Pengerusi DAP Sabah berkata, beliau telah menerima surat balasan daripada Pandikar kelmarin, dimana beliau membalas bahawa  Kementerian Luar Negeri telah membangkitkan isu ini dalam sesi kesimpulan bajet negara 2016 malam sebelum ini, oleh itu tidak perlu berbincang lagi.

Wong tidak berpuas hati dengan ini, kerana perkara ini amat serius, rakyat kita diculik kerana kecuaian keselamatan sempadan, dan dibunuh di luar negara, ini bukan sahaja merupakan ancaman keselamatan Timur Sabah, malah juga mencabar kedaulatan negara kita, dan masalah keamanan kawasan ini.
 
“Oleh itu, walaupun Kementerian Luar Negeri telah memberi respon, tetapi yang diminta ialah perbahasan tentang isu keselamatan kawasan timur Sabah, speaker parlimen tidak patut menolak usul ini dengan begitu saja.”

Wong juga memohon dengan Speaker Parlimen supaya seluruh anggota Parlimen kabung seminit untuk Bernard Then, tetapi ia telah ditolak dengan sebab Parlimen hanya akan berkabung untuk Agong, menteri dan anggota parlimen.

Wong berasa amat kecewa dengan keputusan ini, kerana Bernard Then terbunuh disebabkan negara tidak berupaya untuk melindungi rakyat yang sedang makan di darat.

Menurut Wong, kawalan sempadan merupakan tugas yang patut dilakukan oleh kerajaan, lagipun kes penculikan ini berlaku di restoran berhampiran dengan bandar Sandakan, ini menunjukkan kumpulan pengganas bebas masuk ke sempadan negara kita, ini tidak dapat diterima.

“Sehingga kini belum ada pihak yang menjelaskan mengapa kumpulan pengganas dapat naik ke darat kita dengan begitu senang, ini menakutkan semua rakyat Sandakan dan Sabah.”

Wong juga menempelak kerajaan biarpun memberikan peruntukan kepada ESSCOM dan Kementerian Pertahanan, dan setiap tahun ditambahkan peruntukan, iaitu RM75juta pada tahun 2014 sehingga tahun ini RM660juta, dan tahun depan lebih daripada RM500juta, lebih daripada RM1billion telah diperuntukkan kepada ESSCOM, tetapi masih tidak dapat menambahbaikan masalah keselamatan kawasan timur Sabah.

Wong berkata, perintah berkurung di kawasan perairan Pantai Timur Sabah telah dilaksanakan lebih daripada setahun, ia tidak dapat menangani masalah, pengganas tetap dapat masuk ke kawasan perairan negara kita dan menculik rakyat kita walaupun perintah berkurung sedang dijalankan.

“Kes penggal mangsa tebusan ini berlaku semasa Perdana Menteri Najib melawat ke Manila Filipina untuk menghadiri APEC, dan ini merupakan tindakan hina terhadap perdana menteri negara kita, PM harus meminta negara Filipina memberi penjelasan dengan segera, kerana Filipina bertanggungjawab untuk menangani masalah kumpulan pengganas dalaman.”

Wong menyifatkan ia seperti kumpulan ISIL di Asia Tenggara, jika tidak menghapuskan kumpulan tersebut, maka masalah akan berterusan, malah akan menjadi semakin teruk.

Pada pandangan beliau, negara kita harus mengambil tindakan yang lebih progresif, dan membuat pertimbangan untuk bekerjasama dengan negara Asia Tenggara yang lain untuk mengatasi masalah ini dengan  angkatan tentera. Malaysia selaku tuan rumah ASEAN summit, seharusnya membangkitkan isu ini dalam persidangan yang sedang dijalankan di KL kini, dan cuba mendapatkan persefahaman negara-negara lain.

Wong juga berkata, ini juga merupakan masalah dalaman negara, kerana ramai pendatang asing tanpa izin datang dari Selatan Filipina ke Sabah dan mendapat IC dengan senang, beberapa kejadian pencerobohan sebelum ini juga membuktikan mereka yang mempunyai 2 kewarganegaraan ini tidak bersemangat kekitaan, dan mereka mengancam negara kita.

Oleh itu, beliau berpendapat bahawa harus menapis pendatang asing terutamanya mereka yang telah mendapat IC, mengatasi masalah pakatan pendatang asing dengan orang luar. Setelah menangani masalah dalaman, maka dapatlah kita bersatu padu menentang ancaman luar.


No comments:

Post a Comment