OLEH:
NURLIYANA ABDULLAH


Hal-hal semacam ini bukan sekali dua malah semacam
dijadikan mereka perniagaan untuk menculik sesiapa saja mereka suka dan
kemudian menutut wang tebusan dan negara kita dijadikan negera kabajikan tempat
mereka merampok curi culik dan sebagainya?
Perairan di pantai timur Sabah cukup terdedah dengan
lanun-lanun yang berhati syaitan dan sepatutnya pihak kerajaan persekutuan
lipatgandakan keselamatan di sekitar pantai sandakan/kudat/tawau dan yang di
sekitar dan kalau kerajaan juga tidak peduli, lalu apa akan terjadi
dimusim-musim mendatang?
Kita punya tentera, jabatan laut dan sebagainya yang
begitu banyak dan kenapa tidak ditumpukan di kawasan berkenaan dan lengkapkan
dengan senjata meski kapal selam tak menyelam dan setahu saya baik peralatan
atau anggota yang ditempatkan menjaga perairan di Sabah ala kadarnya sahaja dan
ini tidak mencukup untuk menjaga kawasan yang dimaksudkan.
Malah kekadang kapal penculik pencuri rampok lagi laju
banding kapal pegawai keselamatan kita punya dan ini kelihatannya diketawakan
oleh mereka. Harusnya disediakan juga helikopter yang bergerak pantas dan
tembak terus sesiapa yang masuk perairan Malaysia tanpa kompromi.
Sejak sekian lama kawasan-kawasan ini selalu saja diceroboh sesuka hati tetapi
hingga sekarang masih belum ada tindakan yang boleh mengurangkan keadaan dan
tidak hairan dalam waktu yang terdekat akan berulang lagi perkara sama dan
kesannya akan ramai rakyat Malaysia bakal dipenggal kepala.
Bikin panas dan memangpun panas! RIP buat family Benard
Thien.
No comments:
Post a Comment