KENAPA
kita asyik salahkan Malaya? Kita kutuk Malaya. Tidak semua yang di Malaya itu
jahat, rakus, tamak dan haloba. Ramai yang baik dan mahu bantu kita dalam
pelbaga aspek.
Hakikat
jelas majoriti Malaya mahu bantu kita tetapi kita sendiri yang menolak dan
menangkan parti BN/UMNO di PRU-13 yang lalu. Lalu mahu salahkan mereka?
Cuba
saja kita kaji. Kaji betul-betul. Buka mata lebar-lebar dan buka telinga dan kita bicara telus ikhlas
terus terang. Elak tapok-tepok .
PRU-13
PR memang dapat undi 52% dan BN hanya dapat 47% itulah FAKTAnya bukan Auta.
Benar?
Cuma BN
menang kerana kelebihan 33 kerusi. Ini fakta dan kesan itu, maka BNlah yang
duduki kerusi Putrajaya.
Apa itu
bukan fakta?
Baik,
cuba kira Sabah ada 25 kerusi MP dan Sarawak ada 31 kerusi MP makna 56 kerusi dan
PRU lalu sekitar 44 kerusi MP sokong BN dan bukankah itu jelas orang Sabah dan
Sarawak menangkan BN?
Katakan
esok semua 56 kerusi MP Sarawak dan Sabah adakan undi tidak percaya di Dewan,
bukankah BN tersungkur?
Inilah
faktanya, lalu kenapa asyik disebut dikatakan Malaya yang jahat dan tidak
betul?
Kenapa
tidak salahkan diri sendiri yang terus mengundi BN yang menyebabkan BN
berkuasa?
Kenapa
mahu salahkan orang lain kalau sendiri memang bersalah?
Seterusnya
kita katakan lagi undi parti lokal dan apakah jika parti lokal menang bakal
berjaya mengubah kepimpinan Nasional?
Untuk
ubah kepimpinan Nasional yang kuasai WANG DISATUKAN termasuk POLIS, Pendidikan,
tentera, Kehakiman, Minyak dan segala macam kena menangi dulu lebih 112 kerusi
MP. Selagi tak berjaya duduki kerusi di Putrajaya, maka jangan mimpi di siang
hari dan kesannya tetap juga Najib jadi PM.
Menanglah
parti lokal di Sabah dan kerajaan federal masih bawah BN maka itu akan sia2
jawabnya dan sama seperti kemenangan PBS dalam tahun 1985 dulu dan apa jadinya
PBS kala memerintah dulu?
Bukankah
kemenangan PBS parti lokal itu sudah jelas tidak dapat membawa apa-apa
perubahan kerana agensi kerajaan termasuk WANG DISATUKAN dikuasai oleh kerajaan
persekutuan bawah BN.
Keadaannya
sama seperti sekarang ini di Kelantan, Pinang dan Selangor tetapi Selangor dan
Pinang negeri kaya dan Kelantan apa jadi, hidup segan mati tak mahu dan
akhirnya 5% hasil petronas di Kelantan menjadi wang IKHSAN ditadbir sendiri
oleh BN dan bukan kerajaan Kelantan.
Jangan
lupa ketika PBS berkuasa di Sabah, bukankah telah ditubuhkan JABATAN
PEMBANGUNAN NEGERI SABAH dan semua dikuasai oleh kerajaan federal? apa kita
lupa itu?
Apakah
kita tidak tahu atau pura2 tidak tahu atau sengaja membutakan mata dan hati
serta menuliskan telinga dan terus mendendangkan lagu sumbang untuk rakyat
percaya?
Rakyat
Sabah kena tahu kuasa kerajaan Negeri dan kuasa kerajaan Persekutuan dan itu
sebab berulang saya katakan rakyat Sabah harus memberikan sokongan sepenuhnya
kepada parti PAKATAN HARAPAN.
Kenapa
saya berkata demikian?
Untuk
kuasa kerajaan persekutuan, kita kena menangi lebih 112 kerusi MP untuk
tumbangkan BN dan apakah parti lokal boleh menangi lebih 112 kerusi MP di
Malaysia?
Hakikat
jelas parti lokal hanya "fight" untuk menangi 25 kerusi MP di Sabah dan
apakah sekadar 25 kerusi kita bisa jatuhkan BN di peringkat Nasional?
Rakyat
kena faham ini bha!
Hakikat
sebenar hanya dua parti sahaja yang boleh perintah Malaysia dan duduki kerusi
di Putrajaya iaitu BN atau PAKATAN HARAPAN sebab kedua2 parti ini sahaja yang
bakal tandingi kesemua 222 kerusi MP di Malaysia dan parti lain termasuk PAS
dan parti2 lain yang tidak bergabung baik di BN atau PH tidak akan tandingi 222
kerusi berkenaan/kalaupun bertanding maka jawabnya pasti kalah.
Soalnya
sekarang selain PKR DAP, BN, berapa kerusi parti lain kerusi MP di Sabah?
jawabnya ZERO kecuali BN dan PKR serta DAP.
Di
Sabah sekitar 11 kerusi MP/DUN di dalam genggaman PAKATAN HARAPAN sekarang dan
STAR hanya satu kerusi DUN Bingkor dan selebihnya BN.
Cara
terbaik semua parti lokal mesti bergabung. MESTI dengan PAKATAN HARAPAN dan
jika enggan dan semua mahu tunjuk kekuatan, maka jawabnya "SIA2" dan
rakyat kena faham bahawa parti Nasional yang namanya PAKATAN HARAPAN bukan
parti Malaya tetapi PARTI NASIONAL.
Iya,
PARTI NASIONAL bukan parti Malaya dan PAKATAN HARAPAN ini saja yang bakal
memberikan harapan sebab perjuangan mereka jelas AUTONOMI dan PERJANJIAN 63.
Ingat,
jangan kerana lantaran BN memiskinkan kita, lalu kita menghina kutuk Malaya
meski majoriti di Malaya mahu bantu kita dan yang rakus, haloba itu hanyalah
kepimpinan atasan UMNO yang korup dan membangsatkan bangsa Melayu sendiri. Itu
Malaya sendiri tidak suka.
Dari itu pesanan rakyat Sabah yang berketurunan Kadazan,
Murut, dan Dusun janganlan anggap seorang orang Malaya itu jahat sekiranya
Parti Amanah Negara (PAN) Parti KeAdilan Rakyat (PKR) dan Parti DAP di mana ketiga-tiga
parti ini adalah diasaskan di Semenanjung
akan tetapi kalau masa PRU14 nanti mereka meletak calun-calun yang
bertanding menentang BN/UMNO tetapi mereka terdiri dari orang-orang tempatan
maka wajarlah kita sokong berikan kemenangan.
Insya Allah dengan adanya kita bersatu untuk mengundi
ketiga-tiga parti itu yang bertanding di Sabah maka akan nampak kesudahannya
parti seperti PKR-AMANAH dan DAP akan berjaya bukan saja membentuk kerajaan di
peringkat persekutuan bahkan berjaya membentuk kerajaan Negeri.
No comments:
Post a Comment