ZAKARIA LAWAT PEMERAN SEMPENA PROGRAM MEMBARA SEMINAR USAHAWAN

GAMBAR KELIHATAN…..Zakaria melawat gerai-gerai pameran sempena Program Membara Seminar Usahawan



  OLEH: AZMIE AZMAN

KUALA GUM-GUM:- Dalam menuju ke arah negara maju tahun 2020 menuntut rakyat supaya bijak dan bersiap sedia melengkapi diri dengan pelbagai ilmu keusahawan dan ilmu-ilmu pengetahuan lain yang seharus dimiliki mereka.

Agensi-agensi Kerajaan yang berkaitan atau pihak swasta memberikan ilmu pengetahuan berasaskan keusahawan dan pendedahan diri untuk berniaga, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd Edris kelmarin.

Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri dan pengerusi Biro Pembangunan dan Ekonomi UMNO Bahagian Libaran.
berkata ketike berucap di majlis penutupan program Membara Seminar keusahawan anjuran Biro Pembangunan dan Ekonomi UMNO Bahagian Libaran di sini kelmarin.

“Kerajaan menyediakan platform dan ruang niaga untuk golongan peniaga hari ini serta ilmu dan bantuan kewangan juga disediakan oleh agensi-agensi kerajaan, kata Zakaria yang juga 

Tiada lagi alasan untuk para usahawan bahawa sistem kerajaan tidak telus dan adil. Semua ini ada tersedia, cuma bagaimana kita memperolehi semua ilmu ini,  katanya lagi.

“Untuk menjadi seorang usahawan yang berjaya, kita hendak belajar selok belok perniagaan dari mula hingga akhir serta  bijak bersaing dan mengambil peluang yang tersedia,” tambah Zakaria.

Kejayaan seseorang itu terletak pada keyakinan diri.  Mereka mesti bijak mengatur langkah dan masa mencari peluang dan ruang persekitarannya untuk membangunkan diri, keluarga terutama peranan golongan muda hari ini adalah pelapis atau pewaris kepimpinan negara di masa akan datang, kata beliau.

Hadir bersama ialah Datin Hajah Raisan Haji Jubar, isteri kepada Zakaria, Pemimpin Pembangunan Masyarakat (PPM) DUN Gum Gum Kamal M Said, Pegawai Kemajuan DUN Gum Gum serta Ketua Pegawai Perhubungan Pejabat Ahli Parlimen Libaran  Sapilin Haji Yassin merangkap Timbalan pengerusi Biro dan Pengerusi Pelaksana.





No comments:

Post a Comment