OLEH:- SHAIMON S JUMADI
KES
membuang bayi perempuan seberat 2.47 kilogram di hadapan sebuah rumah di
perumahan kos rendah dekat Jabatan Kerja Raya Keningau pada pagi awal rabu adalah perbuatan sungguh kejam dan tidak
berperikemanusian.
Sedangkan
binatang mempunyai perasaan kasih saying terhadap anak-anaknya dikan manusia
yang mempunyai akal dan fikiran begitu tergamak.
Kata
Dato Seri Paduka Dr Kemellia Hassan ketika di wawancara oleh wartawan media
portal ketika diminta mengulas tentang insiden itu yang menghayat hati.
“Sebagai
seorang ibu seharusnya mempunyai sifat-sifat perikemanusian bukan bersifat
seperti binatang sedangkan binatang yang tidak punya akal dan fikiran akan
tetapi mempuyai rasa kasih sayang saya amat mengutuk sekeras-kerasnya tergadap
pembuatan seorang ibu yang amat kejam itu.”ujarnya.
Kemellia
selanjutnya berkata Ketua Polis
Daerah Keningau DSP Douglas Taong Nyeging mengesahkan bahawa seorang bayi perempuan dengan tali pusat masih
bergantung ditemui di pada jam 9:12 pagi.
Menurut Douglas, tangisan bayi menarik
perhatian pemilik rumah yang telah kembali ke rumah selepas menghantar
isterinya ke tempat kerja.
“Dia kemudian memeriksa kawasan semak di luar hadapan rumahnya dan
mendapati bayi yang baru lahir terbengkalai tanpa apa-apa pakaian dan dengan
calar kecil pada tangan dan tubuhnya,” kata Douglas ketika sidang akhbar di Ibu
Pejabat Polis Daerah di sini semalam.
Douglas berkata lelaki itu kemudian membalut
bayi dengan tuala dan membawa bayi tersebut ke hospital Keningau sebelum
membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah.
Douglas berkata, kes itu disiasat di bawah
Seksyen 317 Kanun Keseksaan kerana pendedahan dan pengabaian kanak-kanak dan
pihaknya sedang menjalankan usaha untuk mengenal pasti ibu kepada bayi
tersebut. Kesalahan itu, menurut Douglas, boleh dihukum penjara sehingga tujuh
tahun atau dengan denda atau kedua-duanya.
Polis memohon kepada sesiapa yang mengetahui
kejadian itu supaya tampil membantu siasatan.
Bayi itu telah pun diserahkan kepada Jabatan
Kebajikan Masyarakat di sini untuk dijaga.
Kemellia berkata pihak polis akan dapat
membanteras ibu yang bertanggungjawab membuang bayinya dan akan mendapat
hukuman yang setimpal
No comments:
Post a Comment