Saturday HNovember 28. 2015
OLEH: SHAIMON S JUMADI
FOTO: BRYAN CHANG SHAK HUNG
SANDAKAN:- Kegagalan pihak berkuasa tempatan khususnya Majlis
Perbandaran Sandakan (MPS) menyenggelarakan saliran pembentungan najis yang
tersumbat sekian lama di seluruh kawasan perumahan Taman Tinosan telah
menimbulkan kemarahan dikenbencian di kalangan penduduk setempat.
Pagi tadi Setiuasaha DAP Sandakan Bryan S H Chang telah meninjau sendiri
di kediaman Eic Tang yang mengadagu perkara ini dan menjelaskan mengenai saliran pembentungan najis yang tersumbat
di kediamannya bukan 1 atau 2 bulan tetapi sehingga kehari ini sudah masuk enam
bulan tiada sesiapa yang memperdulikan tentang masalah ini walaupun telah
dilaporkan kepada pihak MPS berkali-kali.
Kata Tang lagi disebabkan saliran itu tersumbat semua mangkok tandas
yang ada disetiap rumah turut tersumbat di mana najis (tahi) tidak dapat mengalir keluar menjadikan bertakong di
dalam mangkok tandas itu dan berbau busuk dan selebihnya najis melimpah ruah.
“Kenapa pihak MPS tidak mahu
ambil peduli tentang masalah penduduk yang mempunyai masalah yang boleh
mendatangkan penyakit kepada penduduk setempat bukan kah pihak MPS telah
melantik beberapa syarikat konsisi untuk melaksanakan kerja-kerja pembersihan
dan sebagainya” tanya Tang lagi.
“Kami adalah pembayar cukai pintu pada setiap tahun tetapi khidmat yang
diberikan langsung tidak memuaskan dan amat buruk sekali ini adalah dasar MPS
yang sebenarnya” tambahnya lagi
No comments:
Post a Comment