Tuesday December 01.2015
OLEH:
ISMAILY BUNGSU
SUDAH terang lagi bersuluh pula. Sudah tahu banyak sangat
alasannya. Kita bercakap benar dikata suka memfitnah seorang menteri perdana
dan kesannya pembangkang yang diburukkan, sedang hakikat sebenar di depan mata.
Biasanya seorang yang MUFLIS akan ia jual apa
saja miliknya untuk "cover" hutang-piutang yang belum dilunaskan demi selamatkan diri dan
begitulah jadinya. Itu hutang peribadi, tetapi hutang negara maka harta negara
yang dibangun kumpul sejak merdeka akan susut dan kita bakal BERAMPAK SAMIR
alis miskin KELANDAR.
Sekarang ini 1MDB
asyik membida harta-hartanya untuk langsaikan hutang dan jika pembida asing
memenangi bidaan penjualan asset-aset tenaga 1MDB dan had pemilikan ekuiti asing dikecualikan,
ia bermakna 18% asset-aset penjanaan
tenaga letrik negara akan dikuasi oleh syarikat asing.
Menurut penjelasan ada 1 daripada 3 firma
asing sebagai pemenang bida untuk mengambil alih 18 aset tenaga Edra Global
Energy Berhad yang bernilai RM10 bilion dalam usaha mengurangkan hutang piutang
syarikat tersebut.
Jika ini menjadi maka Malaysia akan kehilangan
sedikit demi sedikit sesuatu yang cukup berharga dan sekaligus nanti bil
elektrik akan naik dan itu sebab PM sudah awal-awal mengatakan yang subsidi
akan dihapuskan.
Gara-gara berbelanja tak berhemah dan hutang
yang berlambak, maka negara menerima beban dan bukan mudah untuk selesaikan
hutang 1MDB termasuk hutang negara yang terus membengkak.
Kesan boros dan berbelanja secara tidak
berhemah, maka rakyat yang menerimanya dan akhirnya di samping penjualan aset
negara, maka poket rakyat juga kerajaan korek melaui cukai kepala berganda yang
namanya GST.
No comments:
Post a Comment