PROGRAM SANTAI RAMAH MESRA PEMIMPIN BERSAMA MASYARAKAT BOLEH JALINKAN HUBUNGAN MESRA....KATA MASIUNG

Wednesday November 25.2015

OLEH: SHAIMON S JUMADI


TERIMA KASIH YB....Seorang penduduk Bukit Garam telah menerima kereta sorong daripada ADUN Kuamut


BUKIT GARAM:-    Pembantu Menteri Belia dan Sukan Negeri  Datuk Masiung Banah berkata rakyat di negeri ini khususnya di kawasan Bukit Garam seru agar  merebut segala peluang yang disediakan oleh kerajaan.

Katanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memerintah negeri ini banyak menyediakan pelbagai kemudahan untuk diagih-agih kepada rakyat sama ada tinggal di kawasan Bandar mahupun diluar Bandar.

Masiung berkata demikian ketika berucap  merasmikan program Santai Ramah Mesra Pemimpin Bersama Masyarakat anjuran Jawatankuasa Kemasyarakat Dalam Bandar (JKDB)  Pekan Bukit Garam  yang diadakan Balai Raya Pekan Bukit Garam dekat sini kelmarin.

Masiung yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Kuamut berkata selanjut penduduk di kawawan Kuamut dan juga Bukit  Garam harus menyokong dasar-dasar kerajaan BN yang menjadi tonggak kerajaan negeri.

“Saya percaya dengan adanya sokongan padu yang tidak berbelah bagi terhadap kerajaan BN maka para pemimpinnya dapat menyalurkan pelbagai projek dengan mudah untuk di nikmati rakyat jelata” ujarnya.

Katanya lagi kepada kaum belia  di kawasan DUN Kuamut juga  harus merebut segala peluang untuk mengikuti apa jua program-program dan pelbagai kursus yang dianjurkan sama ada pihak kerajaan ataupun NGO untuk menimbul ilmu pengetahuan yang mendalam dalam satu-satu bidang.

Masiung berkata melalui program sebegini ia menjurus penyatuan semua penduduk setempat agar sentiasa menjalinkan hubungan mesra antara sama lain disamping itu juga rakyat boleh berintraksi dengan para pemimpin atasan untuk mengemukakan segala masalah yang dihadapi.

“Peranan JKDB adalah ibaratkan jambatan penghubung  tugas dan funfsi utama untuk menyampaikan segala maklumat kerajaan kepada rakyat di samping itu untuk menyampaikan hasrat rakyat kepada kerajajan inilah fungsi sebenar peranan yang dimainkan oleh JKDB dalam kontek membantu penduduk dalam menimati arus perdana pembangunan” Kata Masiong lagi.





No comments:

Post a Comment