GEMPAR BERITA PALSU DAKWA PELAKUN VETERAN JALALUDDIN HASSAN MENINGGAL DUNIA


Sunday November 29.2015

OLEH:-KAMARUL ZAMAN

KUALA KUMPUR:- Satu lagi berita palsu yang telah disebarkan oleh media-media portal online yang tidak bertanggungjawab yang menyatakan pelakon terkenal veteran Datuk Jalaluddin Tan Seri 

Hassan telah meninggal dunia akibat rebah di tanah kuburan.
Berita tentang kematian Jalaluddin ini menjadi viral di laman-laman social dan sebelum ini berita kematian pelawak terkenal Abby Yus juga dikatakan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth Kota Kinabalu yang tersebar meluas di laman-olaman social FB dan media portal.

Dengan ini pelakon veteran, Datuk Jalaluddin Hassan merasa  kecewa dengan tindakan pihak yang menyebarkan berita palsu beliau sudah menemui ajal di laman sosial.

Ketika berita itu tersebar, Jalaluddin yang berada di rumah terkejut apabila telefon bimbitnya menerima bertalu-talu panggilan daripada rakan.

“Saya sedang berurusan dengan sebuah produksi mengenai projek yang bakal dijayakan melalui telefon. Jadi, saya tidak menjawab beberapa panggilan yang masuk pada waktu sama.
“Rakan yang gagal menghubungi saya mula berasa bimbang.

Apabila gagal mendapatkan saya, mereka menghubungi isteri saya. Tetapi, hendak dijadikan cerita, isteri juga tidak menjawab panggilan telefon kerana sibuk melayan cucu,” katanya kepada  Wartawan The Sabah Insider di Kuala Lumpur.

Jalaluddin berkata, sebaik selesai berbincang dengan pihak produksi, beliau berpeluang menelefon seorang rakannya.

“Sebaik mendengar suara saya, rakan saya terus menangis. Saya terkejut dengan reaksinya itu dan bertanya apa yang berlaku. Rakan itu beritahu mengenai berita penyebaran kematian saya.

“Kerana gagal menghubungi saya, rakan saya yang ketika itu berada di Kuala Kangsar, segera berkemas kerana mahu datang ke Kuala Lumpur untuk menziarahi saya,” katanya.

Jalaluddin berkata, pada mulanya beliau tidak ambil pusing dengan penyebaran berita kematiannya itu.

“Tetapi apabila terlalu banyak panggilan dan mesej menerusi aplikasi Whatsaap yang masuk daripada rakan seperjuangan, termasuk pihak produksi dari Singapura dan Brunei, saya jadi kecewa dengan mereka yang menyebarkan berita palsu ini.

“Mereka menyusahkan rakan saya hingga emosi mereka terganggu. Bagi saya, orang yang menyebarkan berita itu rendah budi pekertinya. Apa perasaan mereka jika perkara sama terjadi kepada keluarga mereka?” katanya.
Lebih mengecewakan Jalaluddin berkata, bukan saja dirinya, malah bapanya, Tan Sri Hassan Azhari dan abangnya, bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, turut didakwa meninggal dunia pada hari sama.



No comments:

Post a Comment