Sunday November 29.2015
OLEH: ADMIN DAP
KOTA KINABALU:- Ahli
Parlimen DAP Sandakan Stephen Wong berkata, kerajaan telah mengarahkan Syarikat
Penerbangan Air Asia berpindah dari Terminal 2 ke Terminal 1 Lapangan Terbang
Antarabangsa Kota Kinabalu (KKIA) bermula pada 1 Disember, beroperasi di bawah
satu bumbung dengan syarikat penerbangan yang lain.
Keputusan
ini membangkitkan kontroversi, dan Air Asia juga menyatakan tidak ingin
berpindah, kerana pemindahan ini akan mengehadkan perkembangan Air Asia,
mengakibatkan Air Asia tidak dapat menambahkan bilangan pesawat dan penerbangan
yang baru, akhirnya akan menjejaskan pembangunan sektor pelancongan Sabah.
Selain
itu, semua syarikat penerbangan beroperasi di terminal yang sama akan
menimbulkan banyak masalah, seperti kesesakan lalu lintas, kelewatan
penerbangan dan sebagainya, semua ini berhubung kait dengan kepentingan rakyat
Sabah.
Beliau
berkata, bagi jangka masa yang panjang, kerajaan harus mengambil kira kesemua
syarikat penerbangan termasuk Air Asia yang akan menambahkan bilangan pesawat
dan penerbangan, kejadian ini akan mengakibatkan Terminal 1 tidak dapat
menampung keperluan yang tinggi, oleh itu kerajaan harus mencadangkan rancangan
lapangan terbang untuk jangka masa panjang, pastikan syarikat penerbangan dapat
terus membangun, dan tidak menjejaskan perkembangan sektor pelancongan negeri
Sabah.
Wong
berkata demikian dalam sesi perbahasan Bajet Kementerian Pengangkutan di
Parlimen. Beliau merujuk kepada statistik dan berkata, kini Terminal 2 setiap
tahun menampung 3.6juta orang penumpang, manakala Terminal 1 menampung 3.2juta
orang penumpang setiap tahun, jika Air Asia berpindah dari Terminal 2 ke
Terminal 1, maka tahun depan bilangan penumpang akan mencapai kira-kira 7juta
orang, ini amat berdekatan dengan maksimum penampungan Terminal 1 iaitu 9 juta
orang.
Wong
berkata, menurut rancangan Air Asia, Air Asia akan menambahkan 2 buah pesawat
dan penerbangan ke lebih banyak destinasi di China, India dan Asia Tenggara
dalam masa 2 tahun ini, ini membawa manfaat kepada Kota Kinabalu, tetapi
syarikat lapangan terbang MAHB tidak membenarkan Air Asia menambah bilangan
pesawat di Terminal 2. Mengikut anggaran, 2 buah pesawat dapat membawa 1.2 juta
penumpang dan lebih kurang RM2.4billion pendapatan kepada Sabah, tetapi
kerajaan tidak membenarkan Air Asia berbuat demikian, membiarkan Sabah
mengalami kerugian.
Kata
Wong, kini jika Air Asia pindah ke Terminal 1 dan menambah 2 buah pesawat di
Terminal 1, maka dalam masa 5 tahun Terminal 1 akan mencecah maksimum bilangan penumpang,
kemudian akan berlakunya masalah
kesesakan.
Wong
juga mengingatkan, syarikat penerbangan yang lain juga akan berkembang, dan
sebuah syarikat penerbangan yang baru dikatakan akan mula beroperasi pada tahun
depan, oleh itu Terminal 1 yang hanya mampu menampung 9 juta orang penumpang
adalah tidak mencukupi untuk keperluan pembangunan Sabah pada masa depan, DAP
mengambil berat dan bimbang dengan perkara ini.
“Ini
merupakan konsep yang ringkas, jika lapangan terbang kita mempunyai kapasiti
yang mencukupi, pasti kita berharap syarikat penerbangan dapat menambahkan
penerbangan dan penumpang, dengan ini barulah dapat merangsang pembangunan
sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.”Katanya.
Selain
itu, tambah Wong sekiranya Air Asia
berpindah ke Terminal 1, banyak masalah teknikal akan dihadapi, seperti
kekurangan pelataran pesawat. Air Asia diberikan 6 pelataran pesawat di
Terminal 1, ini bermakna Air Asia tidak dapat membawa lebih banyak pesawat
masuk ke KK, dan kesemua pesawat tertumpu di terminal yang sama, maka masa
pelepasan dan ketibaan pasti akan terjejas, dan kelewatan penerbangan juga
dijangka akan berlaku disebabkan ini.
Wong
berkata, KKIA telah menjadi lapangan terbang yang kedua paling sibuk di negara
kita, dan berpotensi untuk berkembang menjadi hab penerbangan antarabangsa
seperti Dubai, oleh itu kita harus
berpandangan jauh, menubuhkan terminal kepada syarikat penerbangan tambang
murah, supaya lebih ramai pelancong datang ke Sabah. Air Asia juga bercadang
untuk memperluaskan dan mengubahsuai Terminal 2, dengan tidak menambahkan cukai
lapangan terbang, dan di sebaliknya menambahkan penerbangan dan pesawat.
Tambahan
pula, Terminal 2 terdapat 9 pelataran pesawat, ini membolehkan lebih banyak
pesawat Air Asia berhenti di KK.
Lapangan
Terbang Senai Johor yang dikendalikan oleh syarikat swasta, juga dapat diuruskan
dengan baik, barangkali membenarkan Air Asia membangunkan Terminal 2 merupakan
rancangan win-win, memanfaatkan kedua-dua pihak.
Wong
bertanya kepada kerajaan, mengapakah tidak menerima cadangan Air Asia?
Sedangkan kerajaan memastikan Air Asia berpindah, maka kerajaan boleh mempertimbangkan
agar membangunkan tanah seluas 40 acre di tepi Terminal 1 sebagai Terminal 3
atau terminal penerbangan tambang murah, untuk mengatasi peningkatan bilangan
penumpang kelak. Pengurus MAHB juga bersetuju dengan cadangan ini baru-baru ini.
Dengan
ini, Wong menyeru kerajaan menjelaskan rancangan lapangan terbang ini dengan
teliti, dan berpesan kerajaan agar bermula membina Terminal 3 dengan secepat
mungkin, supaya sektor pelancongan Sabah dapat terus membangun tanpa diganggu.
Pada
pandangan beliau, KKIA merupakan aset dan infrastruktur asas yang penting untuk
pembangunan Sabah, oleh itu kerajaan harus mementingkan pembinaan lapang
terbang KK, pastikan lapangan terbang dapat menampung pembangunan kesemua
syarikat penerbangan, dan menjadikan KKIA sebagai hab penerbangan antarabangsa,
seperti menjadikan pelabuhan Sepanggar sebagai hab transshipment antarabangsa
yang dicadangkan oleh beliau, supaya lebih banyak peluang perniagaan dibawa ke
Sabah.
No comments:
Post a Comment