Thursday November 26.2015
OLEH: THOMAS SUNGGIUK
BEAUFORT:- Pendduduk di kawasan Beaufort dinasihatkan supaya siap siaga
bagi menghadapi banjir besar yang kini melanda di beberapa kawasan rendah
ekoran hujan lebat yang tidak
berhenti-henti sejak dua hari lalu..
Kata beberapa penduduk yang melaporon
perkara ini ke media portal The Sabah
Insider pagi tadi dan kini keadaan
banjir di Beaufort dilaporkan bertambah buruk pagi ini dengan seramai 1,854
mangsa daripada 546 keluarga dipindahkan ke tujuh pusat pemindahan setakat jam
10 pagi tadi.
Daripada jumlah itu, seramai 706 mangsa
daripada 243 keluarga dipindahkan ke Dewan Baru Beaufort manakala selebihnya di
Dewan Baru Membakut (404 mangsa daripada 130 keluarga), Dewan Kampung Suasa
(175 mangsa daripada 15 keluarga) dan Dewan Kampung Kukut (165 mangsa daripada
43 keluarga).
Selebihnya ditempatkan di Sekolah
Kebangsaan (SK) Pekan Beaufort (159 mangsa daripada 49 keluarga), Serambi
Warisan Pekan Membakut (157 mangsa daripada 30 keluarga) dan SK St Patrick
Membakut (110 mangsa daripada 36 keluarga).
Sementara itu, di Tenom, Pegawai Daerah
Madiyem Layapan berkata kira-kira 300 mangsa banjir yang dipindahkan di empat
pusat pemindahan di daerah itu semalam sudah dibenarkan pulang jam 9 pagi tadi.
No comments:
Post a Comment