GAMBAR KELIHATAN:-Zakaria menyampaikan sijil kepada
salah seorang peserta Seminar Pembangunan Diri dan Keluarga kelmarin
OLEH: BERKURAPAN
A/L BERPANAUAN
SANDAKAN: Kementerian
Kerajaan Tempatan dan Perumahan Negeri melalui Pihak Berkuasa Tempatan telah
menyediakan pelbagai kemudahan untuk rakyat menambah pendapatan keluarga.
“Penyediaan tamu-tamu niaga di setiap kawasan dan
tidak terkecuali di Gum Gum ini pun sudah ada kemudahan awam termasuk internet,”
kata Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) kawasan Gum Gum Datuk Zakaria Haji Mohd
Edris di sini kelmarin.
Beliau yang juga Pembantu Menteri Kerajaan Tempatan
dan Perumahan Negeri, menyatakan demikian semasa menyempurnakan majlis
penutupan seminar Pembangunan Diri dan Keluarga anjuran Yayasan Sabah dan Unit
Pemimpin Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Gum Gum di Mini RTC, Kampung Gum
Gum.
Justeru itu, Zakaria mengajak masyarakat di Gum Gum
agar mengambil peluang dan ruang yang disediakan oleh Kerajaan dalam
meningkatkan tahap ekonomi keluarga.
Beliau berharap Gum Gum dengan lokasi strategik
menjadi nadi pembangunan pelancongan akan turut mendapat perhatian kerana
satu-satunya Pusat Pemulihan Orang Utan terletak di kawasan ini dan juga
pekannya terletak kira-kira 16 batu dari pusat Bandar Sandakan.
“Inilah masanya untuk masyarakat di Gum Gum bersedia
menerima kepesatan pembangunan yang akan dibawa ke pekan ini kelak,” tambah
Zakaria.
Katanya, jika kawasan Gum Gum pesat membangun maka
penduduknya akan memperolehi dan mendapat limpahan sekaligus membawa perubahan
kepada tahap ekonomi mereka.
Turut hadir ialah Datin Hajah Raisah Haji Jubar,
isteri kepada Zakaria ,pegawai-pegawai dari Yayasan Sabah serta Unit Pemimpin
Pembangunan Masyarakat (UPPM) DUN Gum Gum termasuk PPMnya Kamal M Said, para
pemimpin masyarakat setempat. Posted by Free Sandakan Today (FST)
No comments:
Post a Comment