Sunday 22 November 2015
FLATFORM .......Rahimah Program Semarak Rakyat sebagai flatform untuk rakyat bersatu padu
OLEH: SHAIMON S JUMADI
BATU SAPI:- Ketua Wanita Bahagian UMNO Batu Sapi Rahimah Asra
berpendapat bahawa program Semarak Rakyat yang dianjurkan oleh Jabatan
Penerangan Malaysia-Sabah ia menjurus
untuk menyatupadukan rakyat yang berbilang kaum.
Dari itu setiap rakyat harus turut dan melibatkan diri dalam program
Semarak Rakyat banyak faedah yang anda dapat selain boleh menjalinkan hubungan
yang erat di kalangan penduduk setempat ia juga
sebagai flatform untuk rakyat mendapat info-info disamping berintraksi
dengan pegawai-pegawai dan para pemimpin kerajaan.
Rahimah berkata demikian sejurus selepas mengiring Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Sekong Datuk Hj Samsudin Yahya menghadiri program Semarak Rakyat
yang diadakan di sini kelmarin.
Kata Rahimah demi menjamin keutuhan dan kesejahteraan rakyat maka
penduduk digalakan menyertai apa juga program-program yang dijalankan oleh
jabatan-jabatan dan agensi-agensi kerajaan.
No comments:
Post a Comment