Ahad November 22.2015
OLEH:
SHAIMON S JUMADI
SEKONG:- Kerja
bergotong royong bagi membersihkan sekeliling rumah harus dijadikan satu budaya
yang diamalkan oleh para setiap penduduk yang tinggal di kawasan-kawasan
perumahan bagi menjamin kesejahteraan dan keselamatan penduduk setempat.
Ini perlu program gotong royong seumpama ini harus teruskan
kalau boleh 3 bulan sekali yang melibatkan semua penduduk tinggal ditempat yang sama jangan terlalu
mengharap pihak kerajaan khususnya Jabatan Kesihatan atau Majlis Perbandaran
Sandakan (MPS).
Makanya Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)
atau Jawatankuasa Kemasyarakatan Dalam Bandar (JKDN) termasuk ketua-ketua
kampung Rukun Tenaga di setiap kampung mahupun di kawasan perumahan harus
mempunyai sikap proaktif dan inovatf bagi menganjurkan gotong royong.
Ketua Wanita UMNO Bahagian Batu Sapi Rahimah Asra berkata
demikian sejurus selepas beliau menyertai program gotong royong anjuran JKDN Flat MPS
Karamunting baru-baru ini dan program tersebut dirasmikan oleh ADUN Sekong
Datuk Hj Samsudin Yahya.
“Saya kagum dengan semengat kerjasama yang ditunjukan oleh
semua penduduk Flat MPS Karamunting yang begitu gigih dan berkobar-kobar ini
boleh dijadikan teladan contoh baik oleh penduduk-penduduk kampung dan penduduk
di kawasan perumahan lainya bagi membersihkan saliran parit bagi menjamin tiada
nyamuk Aedes bersarang dan membiayak” katanya.
Sementara komen seorang aktivis masyarakat Datu Seri Paduka
Dr Kemellia Hassan (Gambar) menyifatkan sikap para penduduk Flat MPS
Karamunting mengadakan gotong royong membersihkan kawasan perumahan khususnya
memberisihkan saliran sisitem peparitan yang tersumbat oleh sampah sarap ini sudah tentu menjamin keseajteraan hidup
penduduk agar tidak dijangki wabab denggi yang kini amat meuncingkan.
No comments:
Post a Comment