ADUN LIAWAN DAN MP KENINGAU JANJI-JANJI PALSU

OLEH: THOMAS SUNGGIUK
FOTO: BANIE LASIMBANG

KENINGAU:- Rakyat di kawasan dikedua-dua kampung aitu Kampung Ulu Senagang dan Kampung Mongool Baru di bawah kasawan DUN Liawan dan Parlimen Keningau sudah bosan terhadap janji-janji kosong janji-janji manis ADUN dan Ahli Parlimen berkenaan.


Sebelum pilihanraya kedua-dua calon Barisan Nasional (BN)/UMNO  rajin masuk kampung keluar kampung sambil menabur janji kononnya kalau kawasan DUN Liawan dan Parlimen Keningau meraihkan kemenangan  di bawah panji-panji Barisan Nasional (BN) pada PRU13  di mana  jalan raya sebagai penghubung di kedua-dua kampung itu akan dinaik taraf tetapi sehingga hari ini jalan tersebut masih lagi gravel.

Seorang penduduk Kampung Liawan yang dikenali sebagai Banie Lasimbang telah mengeposkan beberapa keping gambar  kepada Wartawan The Sabah Insider Kota Kinabalu dan Suara Sabah Portal Online  mengenai kerja-kerja gotong royong oleh para belia di kedua-dua kampung berkenaan.



Disebabkan penduduk di kedua-dua kampung yang dimaksudkan itu sudah jelak dan bosan dengan taburan janji-janji manis para pemimin UMNO/BN maka para belia mencari jalan alternative membaiki sendiri jalan itu dengan menggunakan tenaga kerja belia-belia secara bergotong royong sambil mengutip derma terhadap orang-orang kampung bagi projek tersebut kalau menunggu ADUN dan Ahli Parlimen sampai PRU14 nanti belum tentu jalan di kedua-dua kampung dinaik taraf


No comments:

Post a Comment