NURUL BERGAMBAR DENGAN JACEL KECOH SATU DUNIA NAJIB BERGAMBAR JAMALUL KIRAM SENYAP

Saturday November 21. 2015

OLEH: ISMAILY BUNGSU
ISU NURUL DI MANILA
( fahami cerita sebenar!)

MANILA:- Sebelum  ini memang banyak para pemimpin bergambar dengan Kiram termasuk keluarga-keluarga  Kiram dan juga wakil-wakil  kiram, malah di surat khabar di luar negara konon dikatakan Dato Seri Mohd Najib Tun Abduk Razak  berjanji mahu kasih tanah untuk tentera Sulu, sama ada benar atau tidak kena tanya Najib sendiri.
Bila saja Nurul bergambar dengan Jacel Kiram dan tiba-tiba menjadi ISU panas dengan harapan isu-isu lain soal skandal dalam negara terlupa dan barangkali perlu dijelaskan di sini.
Nurul memang berada di Manila pada 9 November 2015 atas jemputan the council on Philippine affairs & the Asian Institute for Democracy, Pejabat Dato Bandar Manila President Mayor Estrada dan Pejabat Timbalan Presiden Filipina HE Binay.
Penganjur di sana mengatur pertemuan dengan pelbagai kumpulan termasuk senarai calon di bawah tiket parti Timbalan Presiden Filipina, pihak media dan pimpinan masyarakat madani.
Mereka termasuklah:
Former Governor and Congressman of Batangas Hermilando Mandanas, Congress lady Regina Reyes, Congressman Silvestre Bello, Dean of Law Amading Valdez, Former member of the cabinet Secretary Romy Nery, aspiring candidate Princess Jacel Kiram and former Undersecretary of Justice Wencie Andanar and members of the staff of the Vice President of the Philippines and the Mayor of Manila.
Dalam pertemuan yang dianjur oleh mereka Nurul tekankan dokongan delegasi Nurul kepada inisiatif kerajaan Malaysia dalam memupuk keamanan beserta rundingan antara semua kumpulan di Selatan Thailand.
Nurul juga mengulangi dokongannya dalam mempertahan kedaulatan negeri Sabah sebagai negeri Dalam Persekutuan Malaysia.
Soal kedaulatan Sabah dalam Malaysia bagi Nurul tidak ada tolak ansur tetap akan dipertahankan dengan cara apapun dan itu merupakan perjuangannya dan kepimpinan Parti Keadilan Rakyat Malaysia.
"Sebarang dakwaan sebaliknya adalah berniat jahat, tidak berasas dan liar. Cukuplah memfitnah kami sekeluarga dan separti" Kata Nurul dan diharapkan hal ini dapat dimengertikan.

Ulasan Editor

Kenapa Perdana Menteri Najib bergambar dengan Kiram tiada pemimpin  pembangkang yang buat isu  apabila Nurul Izzah bergambar dengan anak si Kiram satu dunia bising ribut taufan para pemimpin UMNO jadi mabuk minum singarung.


Pemimpin UMNO nampak orang punya kesalahan tetapi kesalahan yang dilakukan oleh pemimpin nombor 1 seperti najib tiada orang berani menegur begitu juga Parti  SAPP pandai-pandai menyuruh polis jangan suruh benarkan Nurul Izzah masuk ke Sabah gara-gara bergambar dengan Jacel Kiram.

No comments:

Post a Comment